Thursday, 15 February 2018

Pentingnya Pengurusan Kewangan

Alhamdulillah..bonus Shaklee dah masuk kelmarin. Sejak berbisnes, Shaklee tak pernah lagi Shaklee lewat bayar bonus SID nya. Kebanyakkannya di awalkan dari tarikh sepatutnya iaitu 15hb setiap bulan.

Macamana pengurusan kewangan @ pengurusan bonus korang ye? Sejak berbisnes Shaklee ni baru akak mula belajar dr kwn2 SID cara diorg uruskan kewangan. Akak ni sbnrnya mmg "kurang cekap" dlm bab pengurusan kewangan ni..huhu

Tapi, dengan bisnes Shaklee ni lah akak mula membayar zakat perniagaan. Sebelum ni buat bisnes kecik2 mana ada byr zakat. Bonus shaklee dibayar sekaligus setiap tengah bulan, walau berapa jumlahnya memang sentiasa dipesan untuk sentiasa membayar zakat iaitu 2.5% dr jumlah bonus.

Alhamdulillah..dpt jgk bantu ekonomi umat Islam dengan berzakat ni kan? Bkn nak tunjuk bhw kita ni kaya tapi mmg dh tanggungjawab kita yg buat bisnes ni la kan. Umat Islam sebenarnya patut "kaya" supaya dapat bantu ekonomi umat Islam itu sendiri. Dan bagi akak sendiri, biasanya zakat perniagaan akak byr pd sebuah sekolah tahfiz di tempat lama akak bekerja dulu. Klu rs sikit sangat bln tu, akak kumpul byr 2@3 bln sekali.

Yg lainnya, dgn bonus Shaklee jgk akak biasanya buat byr sewa rumah, lpstu menyimpan setiap bulan sekurang2 RM500..tetap yg ni. Lebihan drpd tu buay beli stock sikit, belanja keperluan rumah dan kadangkala reward diri dan anak2.

Tapi tu lah..kelemahan akak ialah xdpt nak konsisten tulis masuk buku kira2 @ akaun excel mcm sesetengah orang amalkan. InsyaAllah nak kena lbh berdisiplin dalam pengurusan kewangan lepas ni.
Ini bab bonus Shaklee je..bab gaji satu hal lg. Impian akak sekarang nak tingkatkan bonus Shaklee supaya dapat settlekan hutang piutang sehingga mencapai financial freedom!

Korang doakan ya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 30 January 2018

Pengedar dan Stokis Shaklee Paling Aktif Di Kawasan Gong Badak, Kuala Terengganu

Saya adalah Pengedar dan Stokis Shaklee paling aktif di kawasan Gong Badak, Kuala Terengganu. Jadi kepada anda yang berada di kawasan berdekatan seperti Padang Nenas, Tok Jembal, Unisza, UMT, Mengabang Telipot dan kawasan-kawasan sekitarnya bolehlah berhubung dengan saya jika ingin membeli sebarang produk Shaklee.



Selain menjual, saya juga boleh memberi konsultasi terbaik kepada anda yang masih tercari-cari suplemen yang bersesuaian dengan anda sekeluarga. Antara kepakaran saya ialah memberikan konsultasi mengenai apa sahaja masalah kesihatan anda termasuklah:

  • Set Kesuburan
  • Set Kehamilan
  • Set Berpantang
  • Set Penyusuan
  • Set Buasir
  • Set Kebas
  • Set Tenaga
  • Set Kecantikan
  • Set KesihatanOptimum
  • Dan pelbagai jenis suplemen lagi mengikut keperluan anda.

KENAPA ANDA PERLU MEMBELI DENGAN SAYA?

Saya adalah pengedar Shaklee yang berpengalaman dan pakar memberikan sebarang konsultasi kepada anda. Saya menyertai Shaklee sejak 2012 iaitu selama hampir 6 tahun lamanya. Saya dah rasai sendiri keberkesanan sebahagian besar vitamin Shaklee dan produk-produk Shaklee yang lain. Saya juga dah menyertai pelbagai kelas dan bengkel anjuran Shaklee dan juga grup-grup besar kendalian mentor saya yang hebat-hebat semuanya.

Saya juga memberikan khidmat COD kepada pelanggan yang tinggal di kawasan berdekatan Gong Badak. Selain itu, saya juga menjalankan urusan pengeposan ke seluruh Malaysia sekiranya pelanggan tinggal jauh atau luar Terengganu. Saya juga mempunyai stok sedia ada sekiranya anda ingin mendapatkan produk Shaklee SEGERA.



INGIN MENYERTAI SHAKLEE BERSAMA TEAM SAYA?     

Saya amat mengalu-alukan kepada anda yang berminat untuk menyertai Shaklee bersama team saya iaitu An-Najah Grup, iaitu mempunyai susur galur dari team yang hebat iaitu iReach kelolaan Master Lyna Noh dan Master Zainul. Team kami mempunyai rangkaian keahlian di seluruh pelusuk negara.

Untuk makluman anda, keahlian Shaklee bukan hanya untuk mereka yang ingin berbisnes sahaja tetapi untuk mereka yang ingin membeli dengan harga murah (harga ahli) juga. Jadi tak perlu risau kena menjual sekiranya anda sekadar nak membeli untuk diri sendiri atau ahli keluarga sahaja. Tetapi jika anda betul-betul berminat untuk berbisnes, saya boleh memberi tunjukajar kepada anda untuk menjadi usahawan Shaklee yang berjaya. 

Jadi, sekali lagi saya war-warkan, jika anda berminat untuk membeli atau menjadi ahli Shaklee boleh berhubung dengan saya di talian 013.4517098 atau 016.8867098. Atau anda juga boleh berhubung dengan saya melalui medium yang dinyatakan dibawah.  


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:

✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, 14 January 2018

Resepi German Cookies Yang Sedap dan Cair Di Mulut

Baru-baru ni saya ikuti siaran FB live oleh kakak dan juga kawan saya sewaktu belajar di Universiti Malaya dulu, yang sekarang dah jadi chef iaitu Wan Rusyaini. Beliau tunjukkan cara-cara membuat German Cookies secara live di wall FB beliau.



Sebenarnya, pertama kali saya mendengar nama German Cookies ni. Disebabkan bahan-bahan dan cara membuatnya yang sangat simple dan mudah, maka petang kelmarin saya buat keputusan untuk mencuba resepi tersebut. Kebetulan pula anak sulong nak balik ke asrama, boleh la saya bekalkan buat si sulong bawa ke asramanya.

Jadi, kali ni saya nak kongsikan resepi yang German Cookies seperti yang ditunjukkan oleh Chef Wan Rusyaini tempohari. Ok, jom kita tengok bahan-bahannya.


Bahan-Bahan:

240 gm butter (saya guna Anchor Salted Butter)
80 gm gula icing
160 gm tepung gandum
250 gm tepung kentang



Cara Membuatnya:

1. Kacau gula icing bersama butter menggunakan sudu atau sudip. Kacau sebati.

2. Kemudian masukkan tepung, gaulkan kesemuanya menggunakan tangan.

3. Dah sebati kesemuanya, gunakan sudu sukatan 1/2 tbs untuk sama beratkan bulatan cookies kita (seperti gambar di bawah). Kalau takde, bulatkan macam biasa pun boleh.



4. Sapu dan alas tray dengan margerin dan kertas minyak.

5. Susun cookies yang telah dibulatkan tadi atas tray, dah siap semuanya, tekan menggunakan garpu dan jangan terlampau nipis dalam anggaran 1/2 cm.

6. Saya sapukan kuning telur di bahagian atas cookies. Anda boleh juga sapu jika suka atau tabur bahan-bahan lain sebagai penyeri cookies anda.

7. Boleh juga dibuat warna hijau apple dengan meletakkan sedikit pewarna makanan jika suka.

8. Bakar dengan suhu 140 darjah celcius selama 20-30 minit (ikut jenis oven) atau sehingga masak.




TIPS dari Chef Wan Rusyaini: 

1) Untuk jadikan cookies tahan lama, bakar dengan suhu rendah (140 darjah) dan bakar lama sikit (20-30 min).

2) Butter seeloknya lepas dikeluarkan dari chiller, biarkan seketika dan boleh mula mengadun ketika butter masih ada rasa sejuk-sejuk. Untuk jadikan cookies rangup.

3) Tepung dam gula aising tak perlu di ayak. Kalau nak buat kek kena ayak.

Gebus!


Selamat mencuba semua. Cubalah buat dan rasailah keenakkan German Cookies ini. 


Oh ya..kalau para ibu ada masalah lenguh-lenguh badan sebab rajin sangat memasak dan buat pelbagai kerja rumah, boleh hubungi saya untuk solusi kepada masalah anda. Saya boleh sarankan suplimen Shaklee yang bersesuaian untuk anda.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:

 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday, 9 January 2018

Tips Kurangkan Stress Melalui Aktiviti Memasak


Apa hobi korang di masa lapang ye? Pasti setiap orang ada macam2 hobi kan? Hobi ni adalah satu perkara yang kita suka buat dan lakukan dalam keadaan gembira..maksudnya walau kita dlm keadaan sedih dan stress sekalipun, bila dpt buat 'kerja' yang jadi hobi tu, sedikit sebanyak ia dpt kuranngkan stress @ kesedihan tu.

Bagi akak sendiri, ada beberapa perkara @ hobi yang akak suka buat pd masa lapang. Eh ada ke masa lapang akak? Haha..masa lapang kira pantang ada ruang n peluang akak akan buat lah.

Ha..apa lagi klu bukan akiviti memasak. Sejak dulu lagi akak suka cuba resepi baru..sejak zaman sebelum kawen. Dulu pantang jumpa buku resepi pasti nak beli dan cuba resepi2 yang ada.

Kat rumah ni memang bertambun la buku resepi tu..satu masa tu akak teringin sangat deko kek. Jadi habis semua buku dekorasi kek akak beli..disebabkan tak sempat g kelas deko @ baking, akak hanya belajar tgk buku, tv n youtube.

Tapi akak ni jenis mesti cuba buat. Ada orang jenis suka simpan je resepi tapi tak terbuat2 kan? Hahaha..opss! Disebabkan kesukaan akak ni, dulu akak selalu sgt g lawat2 blog masakan yg ada mcm2 resepi..

Dalam hati masa tu terdetik, "satu hari nanti aku akak ada blog jgk untuk kongsikan resepi2 yang dah biasa aku buat ni.."

Dan atas permintaan kawan-kawan jgk, disebabkan hobi memasak ni akhirnya akak dah ada blog sendiri untuk kongsi perlbagai resepi yang akak dah cuba..perkongsian ikhlas atas permintaan kawan2 jgk dan juga untuk simpanan dan rujukan akak sendiri. Korang boleh la lawat blog akak klu nak cuba apa2 resepi yang akak dah biasa buat tu kat sini.. buff.ly/2CHdw3Q.

Dan disebabkan hobi memasak jugaklah akak kenal ramai kawan baru. Dan ada jgk la beberapa kali resepi masakan yang akak share di fb jadi tular..hihi..best tau dapat kwn baru sampai dari Singapura, Brunei asbab hobi memasak ni..

Korang yang dah lama kena akak mesti selalu tgk aktiviti memasak akak dengan anak2..hobi memasak ni, walaupun penat seharian bekerja dan uruskan anak2 sorang2, tp bila dah mulakak aktiviti memasak @ membaking menu kegemaran anak2, rasa letig dan penat tu terus hilang..lagi 1 kalau tengah runsing tentang satu2 perkara ke, time masak terus tak ingat dah masalah td..hihi..

Itulah orang selalu cakap, salah satu cara yabg kita boleh buat utk kurangkan stress ialah dengan melakukan aktiviti yang kita suka. Sape kat sini hobi dia sama dengan akak? Atau korang ada hobi lain? Memancing? karoks? Window shopping??


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 8 January 2018

Impian Kehidupan Saya 20-30 Tahun Akan Datang

Bagaimana Kehidupan Kita 20-30 Tahun Akan Datang?

InsyaAllah jika dipanjang usia oleh Allah SWT, 20 tahun akan dtg anak sulong akak Haziq bakal berusia 34 tahun. Dan anak bungsu akak pulak Huda berumur 23 tahun.

Dan akak pulak 20 tahun lagi insyaAllah jika masih panjang umur insyaAllah dah pencen masa tu..hehe..dah berusia 64 tahun.

Biasanya pada usia sebegini, kita pasti mengimpikan kehidupan yang aman bahagia, tenang dan gembira bersama insan-insan tersayang..suami, anak2 dan cucu. InsyaAllah masa tu dah ada cucu kot..haha

Kadang-kadang, ketika bersantai-santai bersama suami dan anak-anak, akak ada la menyatakan hasrat dan impian kehidupan yg bagaimana yg diharapkan pada usia "emas" nanti. Akak pernah ckp dengan anak-anak: 

"Nanti, ummi menyimpan hasrat nak buat rumah yang besar dan luas untuk keselesaan anak cucu ummi. Bayangkan anak ummi saja dah ada 6 orang..rumah tu mesti sekurang-kurangnya ada 8 buah bilik. Setiap anak menantu mesti ada sebuah bilik seorang.."

Haa..anak2 apa lagi..semua pakat berangan la nak bilik macamtu..macamni. Akak pun sambung lg..

" Kalau nak dapat rumah macam tu, anak2 semua doakanlah ummi dan baba dimurahkan rezeki oleh Allah..dapat kumpul duit banyak2 blh la capai impian dan hasrat ummi tu.."

Apa lagi semua pakat doa lah..bg ummi cepat2 naik Master Shaklee..

Akak selalu berpesan pada anak2..belajar rajin2 sbb ilmu tu amat penting utk kehidupan..solat dan amal ibadat jgn lupa.."Kalau kesian dan nak balas jasa ummi dan baba, satu ja pesan ummi..belajar rajin2 dan jangan tinggal solat dan rajin baca quran.."

Anak2..ntah faham ke tak apa yg ummi pesan tu. Tapi sebagai ibu bapa, kita kena sentiasa berdoa dan ingatkan anak-anak selalu tentang itu.

Itulah harapan akak suatu hari nanti..dapat hidup aman damai bersama suami dan anak cucu..xperlu nak kerja keras lagi..masa tu hanya nak bergembira bersama keluarga dan tenang melakukan amal ibadat. Kalau rasa nak pergi bercuti, pergi je..takde sape yang ganggu..hihi..

Jd..asbab nak capai impian itu, mulai dari sekarang dah kena kerja keras utk bg tambah nilai dalam kehidupan dan kebahagian hidup pada masa hadapan. 

Juga mulai sekarang..kena beri didikan dan tunjuk ajar terbaik buat anak-anak..ilmu dunia dan akhirat.

Hidup biar berimpian tinggi..InsyaAllah..moga Allah memakbulkan doa hambaNya ini.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, 7 January 2018

Luangkan Masa Bersama Anak-Anak - Cara Saya Recharge Diri


Alhamdulillah..hari ni dah masuk minggu kedua persekolahan anak-anak. Nampak gaya minggu pertama persekolahan berjalan dengan lancar walaupun hanya akak sorang yang handle anak2 di Tganu ni.

Mungkin jg akak dan anak2 sendiri dah terbiasa hidup berjauhan dengan baba membuatkan diri ini jadi tersangat berdikari bergitu juga dengan anak-anak.

Kalau ikutkan rutin harian dan mingguan akak sangat memenatkan. Hatta hari minggu pun (di Tganu Jumaat dan Sabtu) tak seperti hari cuti jadinya. Weekend kelmarin memang tak sempat langsung akak nak berehat.

Ditambah pula tahun ni, anak2 kembar akak nak exam UPSR. Dan atas kesanggupan akak sendiri, akak buat keputusan untuk menghantar kedua2 mereka termasuk Hakim ke Kelas Tuisyen dan Kelas Tahfiz Hujung Minggu. Jadi memang bertambahlah tugas akak yang semenangnya dah nampak pack itu. Dan klu hari Jumaat tu lepas hantar anak2 ke kelas hafazan, akak terus pecut g Kursus Haji. Alhamdulillah..mmg elok dah aturan Allah, klu tak, akak ke kursus Haji anak2 nak kena tinggal kat rumah semua.

Bayangkan jgk, sejak Haziq masuk asrama tahun lepas, setiap kali hujung minggu klu dia tak balik rumah, setiap Sabtu mesti g kat dia. Bw jalan2 @ balik rumah..siap soh msak2 lg utk bw bekalan ke asrama..ha..ms mana nak rehat di hujung minggu? 

Tapi..takpelah..demi kejayaan anak2 dunia dan akhirat..akak sanggup abaikan kejab masa hujung minggu ummi. Dan mungkin juga Allah berikan kekuatan dan kesihatan yang baik buat diri ini sebab Dia tahu akak kena buat semua ni tanpa suami di sisi.

Untung jgk semester utk diploma skrg ni akak tak kena mengajar. Sejak Jun 2016, memang akak kena mengajar semester sarjana muda dan diploma silih berganti tanpa rehat. Sepatutnya diploma semester ni pun akak kena mengajar tapi disebabkan orang buat jadual silap letak nama pensyarah lain, maka dptlah akak rehat kejab dr mengajar sementelaah pelajar bacelor akan bercuti tak brp lama lg. Tapi, kerja2 lain tetap la kena buat..penulisan buku, jurnal dsbgnya.

Habis tu, bila masa akak nak rehat? Bila masa akak nak recharge diri sendiri? Korang agak bila n macamna akak nak kumpul tenaga balik selepas kepenatan buat itu ini?

Ha..banyak cara yang boleh akak buat. Salah satunya dengan buat biz Shaklee ni! Hehe..sbb dpt release tension tau bila dpt sembang dengan kwn2 dlm group, dpt sembang2 dengan customer, rasa gembira dan puas bila dpt feedback positif dr customer..dan lagi best setiap 15 hb blh dpt BONUS! Yeaaayyy!.

Itu je ke? Tak lah..banyak lg cara recharge diri akak..selalunya time suami dtg Tganu, kami sekeluarga keluar sama2, bw anak2 g pantai ke, g berjogging, main badminton, window shopping..suami akak jgk suka bwa round tgk suasana dan kenal tempat2 kat KT ni..maklumlah kami kan orang baru kat sini..hehe..skrg dh agak lama tak g pantai..rindu plak nak jalan2 hirup udara segar. Kena tgu suami dtglah baru dpt g..



Selain tu, aktiviti yg akak buat bersama anak2 jgk biasa aktiviti memasak dgn anak2 perempuan..anak2 lelaki biasanya suka main game kad dengan baba diorg.

Aktiviti santai2 mcm ni je tapi alhamdulillah sedikit sebanyak dapat release tension akak sepanjang weekdays yang amat memenatkan. Selain tu, ofcoslah cara kita org Islam nak recharge diri balik dengan membaca al-Quran selain bangun malam tunaikan solat sunat walau hanya 2 rakaat.

Alhamdulillah..syukur sangat2 atas kudrat yang Allah berikan buat akak..mudah2an terus diberi kekuatan untuk menghadapi segalanya dengan tenang dan sabar. Setiap perkara yang Allah berikan kepada kita, pasti ada hikmah yang tersembunyi.. 


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Saturday, 6 January 2018

Teknik Blog dan Vlog Tingkatkan Jualan Bisnes Online


Sales ni umpama nyawa bagi peniaga tak kira sama ada online @ offline. Kalau takde sales mcmna perniagaan nak maju betul tak?

Sebelum ni akak agak buntu memikirkan macamana lagi nak upkan personal sales akak. Maklumlah klu hanya guna medium fb, insta n blog akak mmg kurang jg dpt bg fokus 100% sbb akak kan bekerja. 



Kiranya klu buat sharing di fb n insta pun hanya waktu ptg atau malam n pd hari cuti je lah.

Alhamdulillah..lepas setahun mula mencuba guna medium vlog (youtube), personal sales akak meningkat dan berganda dari sebelum ni. 

Syukur sangat hasil kesabaran menunggu dan menggunakan salah satu teknik halimunan ni, sekarang ni boleh dikatakan hari-hari ada prospek vlog wassap tanya pasal vitamin Shaklee.

Dan alhamdulillah, anak cucu Shaklee akak pun dh ramai yang mula bervlog. Akak selalu ingatkan, abaikan je segala perasaan malu, rendah diri dan sebagainya kalau nak sales masyuk. 

Sebenarnya ia bukan hanya.semata-mara sebab sales tapi rasa kepuasan lebih manis bila customer wassap feedback.positif yg mereka dpt.

whatsApp dari customer vlog


Ini salah satu wassap yg akak dpt mlm td dr cust vlog yg bertanyakan tentang vitamin utk kebas2 yg beliau alami.

Bak kata pepatah: man jadda wajada..sape rajin usaha dia akan dapat. Akak doakan semua downlines akak yg tak putus2 berusaha akan dpt hasil positif nanti..amiin.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:


 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.