Wednesday 11 February 2015

PENGALAMAN PERTAMA SERTAI SEMINAR DR. AZIZAN OSMAN: KENANGAN INDAH YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA!

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Didoakan anda semua sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Coretan yang ingin saya kongsikan kali ini ialah mengenai pengalaman pertama kali saya menyertai seminar kendalian Dr. Azizan Osman (DAO), Mentor Kejayaan no #1 di Asia. Semuanya ini berlaku tanpa perancangan awal dan terasa lancar sahaja. Saya sebenarnya bukanlah peminat DAO, bahkan sebelum ni saya jarang ambil tahu pasal beliau dan seminar-seminar anjuran Richworks, syarikat milik beliau.

Cuma, saya memang ada membeli buku-buku motivasi karangan DAO. Dan sering juga mendengar kawan-kawan menyebut dan bercerita tentang beliau dan seminar-seminar yang mereka pernah hadiri. Tapi saya memang tak berapa ambil pusing pasal itu semua. Saya juga suatu ketika pernah terbaca dalam satu web artikel yang mengutuk dan mencerca DAO. Dan saya seperti biasa tak pernah ambik berat pasal perkara itu sebab saya merasakan tiada kaitan dengannya. Dan saya juga malas nak melayan cerita-cerita macam ni yang belum tentu kesahihannya. Sememangnya cerita-cerita sebegitu tak berbekas langsung di hati sanubari saya.

Kisah perjalanan saya ke seminar Intensif Magnet Kekayaaan dan Kejayaan (IMKK) ini bermula pada penghujung tahun lepas. Dalam group wassap 'leader-leader' Shaklee, ada seorang sahabat leader yang war-warkan tiket ke IMKK beli 1 percuma 1. Masa tu saya ingat lagi, awalnya saya tak ambil pusing tentang perkara ni. Tambahan pula waktu tu saya kat pejabat, memang kalau baca mesej di wassap saya kurang bagi tumpuan. Sekadar dapat baca sepintas lalu macam tu sahaja.

Tapi, mungkin Allah telah gerakkan hati saya..setelah pulang ke rumah, saya 'scroll' semula wassap tu dan terus reply minta sahabat leader 'book' satu tiket untuk saya. Lepas tu saya terus bank in duit bayaran dan bagi maklumat detail walaupun sebenarnya suara kecil saya ada menyebut "mahal juga yuran ni..". Segalanya berlaku dengan pantas dan saya seperti tak berfikir panjang. Padahal masa tu saya memang belum beritahu suami lagi. Tetapi, dalam hati kecil saya yakin bahawa suami mesti beri keizinan untuk saya pergi dan tinggalkan anak-anak seramai 5 orang itu dengan beliau.

Saya di IMKK

Antara sebab yang membuatkan saya tergerak untuk pergi ke IMKK baru-baru ini ialah saya nak rasai sendiri pengalaman menghadiri seminar DAO. Asyik dengar kawan-kawan sana sini cakap 'best, best' mesti pergi. Dan nak tahu juga adakah betul kata-kata buruk orang-orang yang saya pernah baca tentang DAO. Saya juga tergerak untuk lakukan perubahan tapi tak tahu dari mana nak mulakannya. Lagi pula saya terfikir, nanti lepas bersalin anak ke-6 (kandungan berusia 23 minggu sekarang) susah dah saya nak join program-program sebegini sebab anak masih kecil.

Sebelum tiba hari 'kejadian', sahabat leader yang memang pernah join memang dah cerita macam-macam. Rasa teruja, excited, risau..semua ada. Katanya siap kena berebut dalam lautan manusia..semua orang nak duduk di tempat paling depan mengikut tiket masing-masing. Tapi saya sedikit lega bila diberitahu ibu hamil ada pintu khas untuk masuk awal.

Bergambar dicelah-celah ribuan manusia seusai IMKK

Bila tiba hari yang dinantikan, memang betul apa yang digambarkan sebelum ini. Memang ramai sangat peserta sampai bersesak-sesak. Saya terfikir ketika itu, betapa kuatnya aura DAO sampai dapat tarik sebegitu rama peserta datang ke seminar beliau. IMKK baru-baru ini, lebih 3000 orang peserta yang hadir, bayangkan bagaimana sesaknya ruang menunggu di Menara PGRM Cheras tu.

Setelah seminar bermula, memang saya akui DAO seorang motivator yang hebat. Aura beliau memang kuat ditambah ilmu yang diberi amat tiada tolak bandingnya. Memang teramat sangat berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Bayangkan beliau boleh bercakap tanpa henti dan dapat memukau serta bijak menarik minat peserta seminar.


Pada saya, anda semua perlu pergi sendiri ke IMKK untuk rasai kehebatan beliau. Sepanjang empat hari berkampung di Menara PGRM, hari-hari pasti air mata ini tumpah dan mengalir laju. Bukan saya yang sememangnya mudah tersentuh ni, tapi bayangkan kaum lelaki juga boleh tersentuh dan menangis! Bagaimana ego semua orang boleh cair sepanjang empat hari tu. Bagaimana kaum lelaki yang merokok boleh berhenti merokok setelah hadiri IMKK. Ada yang dah berhenti seawal hari pertama seminar berlangsung!

Wajah-wajah ceria dengan mata yang bengkak-bengkak sebab kuat menangis!

Suami isteri yang bergaduh dan berselisih faham boleh berpelukan menangis dan mengakui keegoan masing-masing. Anak-anak menangis dan memohon ampun dari ibu bapa dan bermacam ragam manusia lagi yang saya rasakan amat terharu dengan situasi tersebut. Alhamdulillah..semua berlaku atas kuasa Allah jua..

Dan bagi saya sendiri, walaupun sedari kecil saya diberi didikan agama yang secukupnya, tetapi sebagai manusia kadang-kadang kita alpa dan lalai dengan keadaan diri sendiri. Kadang-kadang ego menguasai diri, kadang-kadang muncul suara-suara kecil yang mempengaruhi fikiran dan tindakan. Pada saya, setinggi mana pun ilmu di dada, kita masih perlu terus belajar dan menuntut ilmu. Dan kelas bersama DAO merupakan satu pengalaman yang sememangnya tidak pernah saya alami sebelum ini. Saya pernah hadiri program-program motivasi dan tamrin sejak zaman sekolah dan universiti lagi. Tapi kali ini sememangnya benar-benar berbeza!

Dah habis program selama 4 hari baru dibenarkan bergambar dalam dewan!

Sepanjang berada di IMKK, saya hanya terfikir untuk membawa suami dan adik beradik semua datang ke seminar ini suatu hari nanti. Saya juga terfikir alangkah baiknya kalau kawan-kawan juga dapat datang ke IMKK. Kerana, IMKK merupakan satu program yang mengajar kita mencucikan kolam jiwa kita yang penuh berkeladak. Kerana dari situlah akan timbulnya perkara-perkara negatif yang menyekat rezeki dan kejayaan kita bukan sahaja kejayaan di dunia tetapi juga kejayaan akhirat, jika hati dan jiwa kita masih penuh dengan titik hitam.

IMKK sesuai untuk semua orang. Bukan hanya kepada mereka yang nak berniaga sahaja. Sesiapa sahaja boleh hadir dan patut hadir sebenarnya. Rakan-rakan non-muslim juga ramai yang hadir. Sepanjang empat hari berada di sana, hanya penuh dengan aura positif sahaja. Teramat banyak ilmu yang saya belajar sewaktu di IMKK yang tak dapat saya nak ceritakan semuanya. Teramat banyak! Yang mana semuanya itu amat penting dalam kehidupan saya sebagai hamba Allah, anak, isteri, ibu, adik, kakak, pensyarah, pekerja, peniaga dan rakan kepada anda semua.

Seusai program IMKK, saya berhajat untuk datang lagi ke seminar tersebut pada masa akan datang dan pada masa itu saya akan pergi bersama suami tercinta, pastinya! Saya juga amat gembira kalau dapat bawa bersama adik beradik dan kawan-kawan yang lainnya untuk merasai sendiri semangat luar biasa pada program tersebut. Tika dan saat ini, walaupun telah dua hari berlalu, hati ini masih rindu suasana di IMKK dan rindukan ilmu yang terlalu banyak diperolehi di sana. Bukan sahaja ilmu tentang pengurusan kewangan, magnet menjemput rezeki, kekayan dan kejayaan..tetapi juga ilmu untuk mencapai ketenangan hati dalam beribadah dan kebergantungan sepenuhnya pada DIA Rabbul Aalamiin.

Gambar dari fb DAO
Terima kasih Allah kerana lorongkan hati saya untuk sertai seminar Intensif Kekayaan dan Kejayaan kendalian Dr Azizan Osman ini. Antara kata-kata beliau yang masih saya ingat ialah "Jika anda inginkan kejayaan, lakukanlah perubahan dalam diri anda SEKARANG juga!" "Fast action, fast result". "Small action can lead to bigger success". "Jika kita serahkan seluruh kehidupan kita kepada Allah, nescaya Allah akan menjaganya kerana DIA adalah Sebaik-Baik Penjaga buat kita" .

Demikianlah sedikit coretan pengalaman tulus ikhlas dari saya buat tatapan anda semua. Sehingga bertemu lagi. Akhirnya, jom sama-sama kita tonton video motivasi hebat daripada leader Shaklee group kami iaitu iReach Group, Master Lyna Noh. Moga bermanfaat buat semua.


Monday 2 February 2015

RESEPI BROWNIES COKLAT BADAM DISALUTI SOS KARAMEL

Teks: Najihah Abdul Mutalib
Foto: Najihah Abdul Mutalib

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Didoakan semoga anda semua sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

Sudah agak lama saya tak berkongsi cerita di ruangan ini. Bukan terus melupakan, niat dan keinginan tu ada tapi disebabkan kekangan masa meyebabkan rencana awal ingin menulis terus terbengkalai. Alhamdulillah, malam ini saya gagahi juga untuk berkongsi coretan dengan anda semua.

Hari-hari saya pada tahun 2015 ini diteruskan seperti biasa. Sekejab je rasanya sudah berlalu sebulan pertama untuk tahun baru ini. Dan saya masih lagi meneruskan tugas-tugas hakiki saya sebagai seorang pensyarah dan menjadi Pengedar Sah Shaklee yang menjalankan bisnes secara sambilan. Dalam pada itu saya juga tetap menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri kepada seorang suami yang amat bertanggungjawab dan ibu kepada 5 orang cahaya mata yang masih memerlukan banyak perhatian.

Di rumah saya membuat kerja-kerja rumah tanpa pembantu rumah, hanya dibantu oleh suami dan anak-anak dalam kerja-kerja tertentu. Sementelaah pula saya sekarang ini sedang hamil 5 bulan membuatkan suami dan anak-anak rasa lebih terpanggil untuk meringankan kerja-kerja rumah bersama-sama. Namun, untuk urusan masak-memasak memang saya yang banyak 'kontrol' bahagian itu.

Bila anak-anak suka makan apa yang di masak, memang seronok si ibu nak memasak. Ditambah pula hobi ibu memang suka memasak dan mencuba resepi-resepi baru, memang kena sangat 'buku dan ruas'nya. Petang kelmarin saya berjanji nak buatkan brownies untuk anak-anak tetapi disebabkan sibuk dengan 'closing Shaklee' untuk bulan Januari menyebabkan janji saya tak dapat ditunaikan.

Jadi, awal-awal pagi lepas subuh saya dah bertukang di dapur demi untuk tunaikan janji kepada anak-anak. Resepi brownies yang saya buat ini diambil daripada buku resepi karangan Chef Lynn Hassan bertajuk 'Baking'. Saya baru je membelinya minggu lepas. Ini buku resepi kedua Lynn Hassan yang saya beli. Cuma saya ada olah sedikit resepinya ikut kesesuaian dan citarasa saya. Saya kongsikan resepi yang saya buat pertama kali ini dengan anda semua. Rasanya sedap dan anak-anak pun suka.
Buku Resepi "Baking" oleh Chef Lynn Hassan

BAHAN-BAHANNYA:

250 gm mentega
1 cawan serbuk koko
3/4 cawan susu cair
2 cawan gulan castor (boleh kurangkan kepada 1 3/4 cawan jika nak kurang manis)
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Badam cincang (jika suka)

Bahan yang diayak bersama:
1 1/2 cawan tepung gandum (saya guna tepung kek)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan untuk hiasan:
Sos Karamel
Kepingan badam

Bahan untuk sos karamel:
125gm gula kastor (boleh kurangkan jika ingin kurng manis)
3 sudu besar mentega
125 gm krim putar (whipping cream)



CARA-CARA MEMBUATNYA:

Adunan A: Cairkan mentega, kemudian masukkan serbuk koko dan kaca hingga sebati. Kemudian masukkan susu cair dan kacau. Ketepikan.

Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga kembang menggunakan mixer.

Kemudian masukkan adunan A tadi dan pukul hingga sebati.

Masukkan tepung yang diayak dan badam cincang, gaul hingga sebati.

Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 10 minit.

Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak. Jika anda menggunakan non-stick, tak perlu alas lagi.

Bakar selama 50 minit pada suhu 170 darjah atau sehingga masak.

Sos Karamel: Panaskan gula hingga perang, masukkan mentega dan biarkan cair. Tutup Api.

Masukkan krim putar dan kacau hingga sebati dan tuang pada permukaan brownies yang telah dipotong.

Akhir sekali masukkan hirisan badam dan tabur diatasnya. Sebelum itu, hirisan badam tu saya bakar seketika dalam oven supaya ia lebih rangup dalam 5-8 min.

Rehatkan seketika brownies anda sebelum ia boleh dimakan.

Brownies yang saya buat.



Ok semua, selamat mencuba!