Tuesday 20 December 2016

Percutian Singkat Ke Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.

Cerita ni dah tiga minggu berlalu, tapi disebabkan kekangan masa menyebabkan lambat sikit Kak Jiah dapat update entri tentang kisah percutian kami ke Bukit Gambang Resort City. Sebenarnya ia adalah percutian yang tak dirancang, maksud akak bukannya plan dari awal, dua tiga bulan sebelum..bukan..ini kira on the spot punya plan jugak la.



Kisahnya pada 24-26 November yang lepas iaitu Khamis sampai Sabtu akak terpilih sebagai peserta Bengkel Penyelidikan anjuran UMT bertempat di Resort World, Kemaman. Kiranya 25 November tu bermulanya cuti sekolah bagi anak-anak. Disebabkan tiada yang dapat jaga anak-anak akak sebab suami hanya akan sampai ke Terengganu pada Khamis malam Jumaat, maka slot bengkel pada hari Khamis dan malamnya akak tak dapat hadir. Alhamdulillah pihak urusetia memahami masalah dan kekangan yang akak hadapi dan akak diberi keizinan untuk hadir ke bengkel tersebut mulai pagi Jumaat.

Bila dapat tahu ada bengkel tu iaitu seminggu sebelumnya, baru akak terfikir nak bawa anak-anak sekali ke Resort World, Kemaman..alang-alang dia orang pun tengah bercuti kan. Jadi bila diskas dengan kawan, dapatlah kami share bilik yang disediakan penganjur dan dia juga bawa ahli keluarga. Makanya bilik yang akak tempah personal tu kami kongsi berdua bayarannya dan kawan tadi ambik bilik yang disediakan oleh urusetia. So, save la bajet kan..ini pun dicadangkan oleh pihak urusetia jugak memandangkan ada juga peserta yang ingin membawa ahli keluarga.

Bila akak dapat tahu Bukit Gambang Water Park tak jauh sangat dari Kemaman, maka akak ambil keputusan nak bawa anak-anak mandi manda di sana. Kami bermalam satu malam sahaja di Resort World Kemaman, habis je Bengkel jam 12 tengahari terus kami check out dari hotel tu. Sebelum bertolak ke Bukit Gambang, sempat akak dan suami layan permintaan anak-anak untuk tengok filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng di Mesra Mall Kertih, tak jauh dari Resort World Kemaman. Jam 3 lebih baru kami semua bertolak ke Bukit Gambang.

Perjalanan mengambil masa sejam lebih sikit je, jam 5.30 mcm tu kami sampai di Bukit Gambang Resort City. Akak dah booked awal penginapan di BGRC tu, tiga hari sebelum bertolak ke sana. Akak booked bilik untuk famili di Carribean Bay, bayaran semua sekali satu malam lebih kurang RM400 . Sebabnya ada caj tambahan sebab anak ramai kan. Family Room ada 2 bilik dan bilik air dan satu ruang tamu, juga ada tv. Akak tak pasti mungkin ada penginapan yang murah lagi dari bilik yang akak pilih tu. Lagi pula akak ni anak-anak dah 6 orang, belum masuk akak dan suami lagi. Dan bilik yang akak booked tu pula tak termasuk makan tau. Dan lagi satu, walau dah buat bayaran penuh secara online, waktu nak check in tu masih kena bayar deposit RM100 dan akan diberi semula masa check out.







Tapi, kedai makan banyak je area situ. Malam tu kami keluar jalan-jalan area Gambang dan makan malam kat restoran berdekatan je. Kiranya tak perlu risau la tentang makanan sebab gerai makan banyak. Disebabkan keletihan, kami tak ikut pun Night Safari, kami pilih untuk pergi ke Water Park sahaja seharian esoknya supaya anak-anak puas bermain di situ. Tiket masuk ke Water Park untuk dewasa RM45 dan kanak-kanak RM35. Kanak-kanak dengan ketinggian kurang daripada 110cm tidak dikenakan bayaran.

Paginya, kami terus check out dan pegi sarapan di gerai berhampiran. Jam 9.30 baru kami ke Water Park sampailah hampir jam 4 baru anak-anak selesai. Jom akak kongsikan gambar-gambar kami sepanjang berada di BGRC dan water park tu. Sebenarnya anak-anak yang suka sangat main air ni. Ummi dan baba join la sekaki..hehe

Jom layan gambar kami masa kat sana..















Ok, itu saja coretan akak kali ni..sehingga berjumpa lagi. Byeeee...


Sunday 18 December 2016

Aktiviti Riadah Malam di Jeti Sungai Merbok (Jeti Semeling) Untuk Seisi Keluarga

Masa balik kampung minggu lepas, sempat Kak Jiah bawa anak-anak ke kawasan Jeti Sungai Merbok atau lebih dikenali sebagai Jeti Semeling tak jauh dari rumah kami di Bandar Laguna Merbok. Ia juga merupakan laluan utama kami sekeluarga pulang ke rumah mak abah di Kampung Singkir. Sebenarnya, dah beberapa kali suami Kak Jiah suarakan pada akak dan anak-anak yang dia nak bawa kami ke situ sementelaah akak dan anak-anak pulang bercuti di Kedah (maklumlah, kami kan PJJ Kedah-Terengganu). Katanya waktu malam, macam-macam aktiviti riadah ada kat situ.


Kebetulan suami Kak Jiah pernah ke situ sekali ke dua kali, lagipun memang dekat sangat dengan rumah kami yang suami duduki di BLM tu. Kata suami, ada orang main roller blade, scooter, basikal, ada belon panas (masa dia pergi tu) dan macam-macam aktiviti lagi lah.



Jadi anak-anak apa lagi, memang excited sangat lah nak pergi. Lagipun memang dia orang ada roller blade sorang satu, seronok sangat lah kalau main kat situ kawasan tar yang luas. Malam yang dijanjikan, lepas selesai solat Isyak semua kami pun keluar dari rumah mak di Singkir. Plannya kami terus ke TESCO dulu sebab ada nak beli barang. Lepas selesai semua baru ke Jeti Semeling tu. Masa sampai dah jam 10 malam lebih. tapi orang masih ramai.


Kat situ, ramai yang buat sewa scooter, roller blade, basikal, kereta dan motor untuk kanak-kanak dan lain-lain lagi. Penjual dan pengusaha yang buat sewa tu lebih kepada konsep car boot. Untuk scooter, sewaan untuk 15 minit (kanak-kanak) dikenakan bayaran RM5. Untuk scooter dewasa 15 minti RM8. Basikal berkembar 3 tu kami tak naik lak, so tak pasti berapa bayarannya.


Tempoh sewaan untuk sejam pun ada. Tapi Kak Jiah tak pasti berapa bayarannya sebab kami sewa untuk 15 minit saja. Ada juga peniaga yang menjual makanan dan minuman, pakaian kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Anak-anak seronok sangat main kat situ. Memang sesuai la bawa anak-anak ke situ pada waktu malam especially waktu cuti sekolah atau hujung minggu. Santai-santai bersama keluarga kan. memang best, si maknya pun teruja nak naik scooter tu..haha..jom layan video yang sempat Kak Jiah rakam malam tu.





Ok, sampai sini dulu coretan Kak Jiah kali ni. Sehingga berjumpa lagi..bye..


Saturday 17 December 2016

Percutian Mewah Lima Bintang Ke Langkawi Tajaan Shakee Khas Buat Insan Kesayangan

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali.

Pada 19 hingga 21 November yang lepas, para leaders Shaklee yang layak menyertai insentif trip percutian mewah Shaklee telah berlepas ke Pulau Langkawi. Haa..salah sorang daripada mereka ialah Kak Jiah la. Alhamdulillah, sejak join Shaklee kira-kira 4 tahun lepas dah 3 tahun berturut-turut Kak Jiah layak join trip percuma Shaklee.


Bermula pada tahun 2014, Kak Jiah dapat join trip 5 bintang Shaklee ke Global Conference Shaklee di Long Beach, Californa, USA. Masa tu kami juga dibawa melawat ke Sans Francisco dan HQ Shaklee di Pleasanton. Itulah pengalaman pertama Kak Jiah join trip Shaklee..dah tu terus layak dapat international trip lak kan. Memang teruja sangat la kan.

Tahun 2015, Kak Jiah dapat 2 tiket join national trip lak. Masa tu Shaklee bawa jalan-jalan KL je lah. Tapi tinggal di hotel Palace of The Golden Horses. Wah..memang teruja jugak sebab kalau biasa-biasa takdenye nak tinggal hotel mewah gitu kan.

Dan tahun ni lak, alhamdulillah Kak Jiah dapat tiket ke Pulau Langkawi pulak. Tapi Kak Jiah tak dapat join, last minute dah tu..so Kak Jiah bagi je nama suami untuk gantikan Kak Jiah. Yang bestnya trip Shaklee ni, kita boleh berikan hadiah tiket kita tu pada insan tersayang termasuk pasangan, anak atau ibubapa kita termasuklah mak dan ayah mertua kalau yang empunya diri tak dapat join.


Walaupun Kak Jiah tak dapat join diorang ke Pulau Langkawi tapi Kak Jiah sentiasa dapat update dari suami dan rakan-rakan leaders yang ada di sana. Walaupun hanya ke Pulau Langkawi, tapi bila ditaja secara percuma denga status percutian mewah pulak tu, pasti sape pun akan teruja kan?

Suprise Gift

Suprise Gift

Duit Poket

Shaklee bagi macam-macam, dari bagasi, tiket flight, t-shirt, dah tu duit poket pun bagi lagi. Penginapan lak bukan calang-calang hotel, diorang menginap di Westin Hotel. Kat Hotel siap dapat suprise gift dari Shaklee. Makan pun sedap-sedap tau.

Bilik Hotel


Trip tempohari diorang dibawa melawat ke beberapa tempat menarik seperti Cable Car dan Kilim Geo Park..malam pulak ada dinner dan juga dibawa ke tempat shopping menarik di Langkawi. jom Kak Jiah tunjukkan gambar-gambar menarik sepanjang mereka berada di sana.








Korang adik kakak kalau ada yang nak merasa trip percuma Shaklee macam ni, jom lah sertai Shaklee di bawah team Kak Jiah. InsyaAllah kalau korang betul-betul bersemangat waja, korang pun akan merasa pelbagai insentif menarik dari Shaklee.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Resepi Tepung Goreng Rangup Yang Pasti Memikat Selera Seisi Keluarga

Assalamualaikum.

Dah lama Kak Jiah asyik bertangguh nak kongsikan resepi tepung goreng rangup dan sedap ni dengan anda semua. Maklumlah, macam-macam kerja nak kena buat..kena dahulukan yang penting dulu lah kan? Betul tak?


Sebenarnya dah beberapa bulan Kak Jiah kongsikan secara "live" di fb resepi dan cara bancuh tepung goreng rangup ni. Suka-suka je pada asalnya buat "live" tu. Tak sangka lak video live tu jadi viral sampai ke negara jiran Singapura dan Brunei. Ratus ribu org view video tu..tak kurang ribuan orang share dari sehari ke sehari. Sampai jadi "femes" sekejab Kak Jiah masa tu..haha.. kat bawah ni la video yang viral tu..



Nak citer lagi pasal video tu, disebabkan viral tadi, sampaikan ada page masakan yang copy video Kak Jiah masuk page diorang akhirnya sekali lagi video tu jadi viral..tak pe, Kak Jiah tak kisah sangat pun pasal tu sebab seronok sebenarnya berkongsi ilmu dengan orang ramai ni..walaupun mungkin ramai yang tahu pasal tips ni, tapi lebih ramai lagi yang tak tahu tentangnya.

Dan disebabkan video viral tu jugak, ramai yang bagi feedback positif lepas mencuba resepi tepung goreng rangup ni. Semua bagitau diorg buat menjadi dan sedap sangat. Ada yang bgtau Kak Jiah, "suami dan anak-anak saya makan habis, berpinggan-pinggan". "Suami dan mak mertua aku berebut makan pisang goreng yang aku buat guna resepi tepung hang tu Jiah..". "Suami saya tak suka makan pisang goreng sebelum ni tapi lepas cuba resepi akak, dia jadi suka pulak.." Haa..ni lah antara komen kawan-kawam yang dah cuba.

Goreng cempedak pun sodap

Jadi, anda semua mesti cuba tau resepi tepung goreng rangup ni. Tepung ni boleh buat goreng pisang, cempedak, ubi keledek, sukun dan seumpamanya. Ok jom kita tengok resepinya..

Bahan-Bahannya:
1 1/2 - 2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kunyit (untuk kuningkan sikit, klu tak nak pun tak pe)
Air masak secukupnya


Cara Membuatnya:


Mudah saja, campurkan kesemua bahan dengan air dimasukkan sedikit demi sedikit. Kak Jiah bancuh atau adun guna tangan je. Adun biar sebati, tambah air jika tepung nampak agak pekat. Adunan biar jangan terlalu pekat atau tidak terlalu cair.


Tepung yang siap diadun

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan buah-buah kesukaan anda (pisang, cempedah dsbnya..) dan gorenglah sehingga keperangan. Angkat dan toskan atas redai. Sedap dimakan ketika panas.

Selamat mencuba semua. Jumpa lagi ya.


Wednesday 14 December 2016

Banyaknya Pintu Rezeki Dari Allah Buat Kita

Mungkin ramai dari kalangan kita yg sering mengeluh, atau tertanya2 dlm diri sendiri..kenapa rezeki aku selalu je tak cukup..kenapa perniagaan aku masih tak berjaya..kenapa kehidupan aku masih susah..sedangkan aku dah bekerja keras..aku buat mcm semua sifu aku ajar..aku kerja keras pagi petang siang malam..kiranya usaha dr segi fizikal tu mmg complete lah. Tapi masih jgk tak "kaya" macam orang lain..masih jgk tak berjaya macam orang lain..



Terkadang kita selalu terlupa bahawa byk lagi amalan2 pembuka rezeki yg kita sering pinggirkan. Kita merasakan usaha keras kita dah cukup utk mendambakan rezeki.dari Allah..tp kita terus lupa tentang amalan rohani yang kita anggap remeh tapi sebenarnya itulah amalan yang menjadi sebab musabab Allah melimpahkan rezeki buat hambaNya.

Tatkala pintu2 rezeki lain telah tertutup, pintu2 ini sentiasa terbuka..cumanya kita sentiasa kena ketuk2nya selalu. Ada bbrp amalan pembuka pintu rezeki yg sering kita lupa..akak nk kongsikan di sini bbrp perkara sbg ingatan buat diri sendiri.dan rakan2 jg..antaranya ialah:

1) Istighfar.
Merupakan salah satu pintu rezeki yg terbesar. Semakin kerap kita beristighfar, semakin hampir pintu rezeki dibuka utk kita. Hadis riwayat Abu Dawud ada menyatakan, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yg selalu beristighfar, maka Allah akam membuka jalan keluar daripada setiap kesempitan, memberi ketenangan daripada setiap kebimbangan dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka."

2) Luangkan masa untuk ibadah.
Kadang2 kita bekerja keras sampai terlupa utk menjaga masa kita dgn Allah. Ibadah wajib kita buat sambil lewa, apatah lagi ibadah sunat. Dalam sebuah hadis kudsi, Allah berfirman: " wahai anak Adam, luangkanlah masa untuk menyembahku, nescaya Aku akan memenuhi hatimu dgn kekayaan dan Aku akan tutupi kefakiranmu. Jika engkau enggan, maka Aku akan sibukkan hatimu, namun Aku tidak.menutupi kefakiranmu." (Riwayat Ibn Hibban)

3) Menjalinkan Silaturrahim.
Ia bererti kita menjalinkan hubungan silaturrahim dgn orang yg telah atau belum kita kenali. Dlm hal ini, kita mesti bersikap ramah, sopan dan sentiasa bermanis muka. Jangan malu dan segan utk memulakan salam atau menegur terlebih dahulu. Sabda Rasululkah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yg ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka jalinkanlah silaturrahim." (Riwayat al-Bukhari)

4) Bersedekah atau Infaq pada jalan Allah.
Bab bersedekah ni pun kita sering abaikan..sedangkan bersedekah ini adalah antara pintu utama untuk membawa rezeki melimpah ruah kepada kita. Berilah walau sedikit, insyaAllah akan diganti dengan sesuatu yg lebih banyak. Menurut Riwayat al-Bukhari berkenaan sedekah (infaq) ini, Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari dua malaikat turun ke bumi, salah satunya berdoa: "Ya Allah, berilah ganti untuk orang yang menginfakkan hartanya." Yang satu lagi berdoa: "Ya Allah, berilah kebinasaan bagi orang yg menyimpan hartanya."

Dalam bab bersedekah ni, akak teringat kata2 al-Marhum Ustaz Dato' Dr. Haron Din.."jangan tunggu kaya baru nak bersedekah.." sbb kadang2 kita ni sgt berkira2 utk memberi..dalam hati terdetik: "duit aku sendiri tak cukup, mcmna nak bersedekah". Dan macam2 lagi la kan.. Betul tak? Dulu2 akak pun kdg2 ada terfikir mcm ni..tp sbnrnya, bersedekah dikala kita sgt memerlukan duit tu lg afdhal. Tak semestinya bersedekah dgn harta, kita menolong org dlm kesusahan pun dikira sedekah.

Pernah tak korang rasa lps bersedekah walau sedikit atau lps korang bantu ringankan beban org lain..tau bg pertolongan pd kwn2 dsbgnya, rezeki korang mcm mudah sgt masuk? Akak sendiri pernah rasa tau..lps bantu org lain, atau sedekah, Allah teruskan gantikan sedekah tu dgn order yg masuk sikit ataupun byk..kdg2 Allah beri rezeki melalui suami atau anak2 kita.

Jom akak nak share 10 tips mudah utk sedekah:

° Bersedekah dgn ikhlas dan jujur kerana Allah.
° Jangan mengungkit atau menyakiti hati penerima.
° Tak perlu fikir nilai pemberian, kecil atau besar.
° Ukirlah senyuman ketika bersedekah.
° Bersedekah ketika kita sendiri sangat memerlukan.
° Sentiasa bersangka baik dgn Allah. Bukan semua balasanNya bersifat cash and carry atau magis.
° Berdoa dan mengharap agar Allah menerima setiap sedekah kita.
° Jangan menangguh2 niat utk bersedekah.
° Ingatlah bhw sedekah blh memadam dosa dan setiap kemurkaan Allah.
° Hiasi setiap amalan dgn bersedekah..contoh sblm solat, ketika berpuasa, ketika sedsng sibuk bekerja dll.

Mudah2an perkongsian ini dpt memberi manfaat buat kita semua dlm mencari rezeki halah dan mendpt redha Allah. Jom sama2 muhasabah diri supaya hidup kita lebih berkat hasil rezeki yg dikurniakan oleh Allah.

Ikhlas,
Al-Faqirah Ila Allah.
#kakjiah

#tsunamishaklee #liveAmazing #shakleeeffect #ejazG3 #OMSGroup #shakleegongbadak

Monday 28 November 2016

Pengalaman Berharga Melahirkan 6 Orang Anak Termasuk Sepasang Kembar

5 buku pink, 5 pengalaman hamil, bersalin dan berpantang yg berbeza utk 6 orang anak termasuk sepasang kembar. Pengalaman masa anak sulung, tempoh berpantang terasa perit sangat. Maklumlah anak sulong byk perkara yg tak tahu..nasi mkn sikit je xleh byk2..air pun sama..ikut ckp org tua2..ms pantang terasa lemah la..dan yg lebih teruk jahitan perineum akak terkena jangkitan..terpaksa kena cuci..


Bersalin anak kedua dan ketiga, anak kembar. Sama jgk, lagi letih sbb kena jaga dua org sekali..dan kali ni lebih teruk, jahitan perineum akak terkena jangkitan dan perlu dijahit semula tanpa bius! Trauma n ngeri sangat rasanya..utk anak pertama dan kedua/ketiga akak ambik set hamil dan berpantang homeopathi keluaran EE.


Untuk kehamilan ke3 iaitu anak ke-4, akak teruskan jgk ambik set EE tu..walaupun sbnrnya dh tahu krg keberkesanannya kat akak tp still ambik set tu..mgkn krg pembacaan n tak tahu set kehamilan lain. Kali ni bersalinscr pembedahan sbb baby melintang. Teruk sakit lps bedah, sakit jahit dan sakit kepala yg amat sangat kesan ubat bius. 2-3 minggu.tak dpt panggung kepala sbb sakit sangat..memang terasa perit sangat sepanjang tempoh berpantang..tu tak masuk lg mcm2 masalah lain spt sembelit, luka jahitan lambat sembuh dll. Utk ketiga2 anak ni akak mmg x makan jamu..mmg xsuka pun mkn jamu..



Sehinggalah hamil anak ke-5..dr tempoh kehamilan, kelahiran dan berpantang terasa best sangat..tiada lg episod ngeri spt sebelum ni. Ms ni masuk minggu kedua berpantang dah cergas sangat..luka cepat sembuh, tiada jangkitan lg. Masa ni bersalin normal. Sembelit pun xberlaku ms berpantang. Blh uruskan anak2 dan menyusukan baby dgn gembira sekali..mmg terasa sangat perbezaannya berbanding bersalin anak2 sblm ni. Sebabnya masa ni akak dh kenal Shaklee..xmkn dah set EE dulu.

Masuk anak ke6, atas keyakinan yg tinggi dgn vitamin Shaklee, akak teruskan mengambil set hamil dan berpantang Shaklee. Anak ke-6 dilahirkan secara pembedahan. Tapi waktu berpantang tak macam orgbersalin bedah. Luka bedah cepat sembuh, tiada lg sakit kepala teruk mcm bersalin bedah anak no 4 dulu..masuk minggu kedua dah rasa sihat sangat. Sembelit tiada jadi mmg tak trauma utk ke tandas..

Disebabkan pengalaman bersalin dh byk kali, jd mmg dpt bezakan tempoh bersalin mana yg paling best. Sudah tentu waktu anak ke5 dan ke6. Tapi walau pelbagai pengalaman bersalin dan berpantang yang dilalui, kesakitan seorang ibu itu pasti terubat bila tgk anak2 sihat dan cerdas di depan mata..

Syukur pada Allah atas pengalaman yang paling berharga bg seorang wanita yg bergelar ibu..Buat kwn2 yg belum dikurniakan rezeki anak, teruskan berdoa dan jgn berputus asa. Kepada anak2 semua, hargailah jasa ibu yg tlh melahirkan kita..

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday 27 November 2016

Shaklee dan Landmark Study

Ini antara salah satu sebab yang buatkan akak terus setia dengan Shaklee tau..lepas tau pasal landmark Shaklee ni, akak rasa bertuah sangat menjadi salah seorang Shaklee Family.


Apa Landmark Study tu? Mesti korang tertanya-tanya kan..Landmark Study ni adalah satu kajian yg telah dijalankan oleh sekumpulan pakar yang diketuai oleh Dr. Glayds Block top epidemiologist di USA terhadap 3 golongan sasar iaitu:

1) Pengamal tegar Shaklee sejak lebih 20 tahun.
2) Pengamal suplimen lain selain Shaklee.
3) Mereka yg tidak mengamalkan sebarang produk suplimen.

Kajian ini bertujuan utk mengkaji keberkesanan produk Shaklee dan result kajian ini mesti diterbitkan dalam peer review journal. Tak kira sama ada ia memihak kepada Shaklee atau tidak.

Tetapi disebabkan keyakinan yg tinggi terhadap vitamin Shaklee, Roger Barnett (CEO Shaklee) tetap bersetuju nak jalankan kajian ini. Sebab tu jgk Shaklee menjadi satu-satunya syarikat suplimen yang berani jalankan Landmark Study ni tau..



Dan kalau ada syarikat lain yang jalankan kajian pun, ianya lebih bersifat "short term" research sedangkan sesetengah penyakit mengambil masa yang lama utk membiak. Dan kajian yang Shaklee jalankan mengambil masa yang lama iaitu lebih 20 tahun. Perghh..memang terbaikkk sangat!



Dan keputusan Landmark Study ni amat menggerunkan..korang tengok la sendiri poster di bawah ni. Ha..lepas ni klu korang nak makan suplimen, pastikan syarikat tu ada buat Landmark Study ya..syarikat mana lg klu bukan SHAKLEE!

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday 25 November 2016

Kisah Seorang Doktor Perubatan Yang Mengalami Keradangan Apendik Ketika Hamil

Assalamualaikum.

Pernahkan anda mengalami keradangan apendik ketika hamil? Atau anda pernah mendengar atau mengetahui mengenainya daripada pengalaman saudara mara atau kawan anda sendiri? Jom baca kisah benar seorang doktor perubatan yang mengalami masalah keradangan apendik ini ketika hamil. Bagaimanakah kesudahan ceritanya? Ikuti kisah dan pengalaman benar sebagaimana yang diceritakan sendiri oleh tuan empunya badan.





Hi, Assalamualaikum.. Saya Dr. Nadia Abdul Kadir, berumur 34 tahun dan memiliki 4 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah saya menghidap radang appendiks semasa hamil.

Semasa mengandungkan Baby A'isya (anak ke 4) saya 7 bulan lepas, saya mengalami 2 episod sakit pada bahagian kanan perut. 
Kali pertama dalam 32 minggu dan saya disahkan menghadapi Acute Appendicitis (keradangan pada appendik). 

Disebabkan kandungan masih awal dan pembedahan membuang appendiks adalah berisiko kepada baby, saya membuat keputusan untuk hanya mengambil antibiotiks (setelah berbincang dengan suami saya, Dr Shazly yang merupakan seorang pakar bedah).

Pada masa yang sama, saya meneruskan pengambilan SET HAMIL SHAKLEE dan juga NUTRIFERON. Alhamdulillah, sakit beransur hilang selepas 2 hari. Namun, pada kandungan berusia 36 minggu, saya sekali lagi diserang sakit perut yang sama seperti sebelum ini. 

Kali ini sangat sakit sampai saya terpaksa dimasukkan ke wad. Sekali lagi saya didiagnos sebagai Recurrent Appendicitis (Keradangan Appendiks yang berulang). Di wad saya diberi intravenous antibiotiks. Sekali lagi saya dan suami di dalam dilema untuk meneruskan pembedahan membuat appendiks atau tidak. Ini kerana, lagi 2 minggu saya dijadualkan untuk elektif cser (saya dah cser 3 kali). 

Kami membuat keputusan untuk tunggu dan lihat. Sekiranya sakit berlarutan, saya akan menjalani pembedahan. Alhamdulillah, setelah 2-3 hari, sakit beransur hilang dan doktor pakar membuat keputusan untuk membuang appendiks semasa cser. Pada 38 minggu, setelah pakar O+G mengeluarkan Baby A'isya, suami saya sendiri mengambil alih untuk mengeluarkan appendiks saya pula! Orang kata, sakit selepas cser + appendicectomy (pembedahan membuang appendiks) adalah lagi sakit berbanding cser sahaja. Ini kerana trauma pada tisu itu lagi banyak.

Bimbang akan perkara ini, saya dah standby VIVIX awal-awal. Sebaik sahaja dibenarkan minum oleh jururawat, saya terus amik 1 SUDU BESAR VIVIX. Alhamdulillah dengan izinNya, petang sebelum maghrib saya dah boleh bangun sendiri dan berjalan ke tandas untuk mandi. 

Malamnya pula saya boleh menjaga Baby A'isya sendirian (suami tidak dibenarkan menemani saya di wad). Setiap hari saya meneruskan pengambilan SET BERPANTANG SHAKLEE bersama VIVIX dan NUTRIFERON. Dan pada hari ke 5, saya diceramah oleh jururawat di klinik (diorang sayang saya sebenarnya..hihi..) kerana memandu ke klinik untuk cek jaundice. (Suami di dalam dewan bedah dan tidak dapat keluar hantar kami ke klinik). 

Apapun, pengalaman berpantang kali ini sangat berbeza berbanding 3 kali cser sebelum ini. SAKIT PADA BAHAGIAN CSER SANGAT MINIMAL, LUKA SANGAT CEPAT SEMBUH & SAYA SANGAT BERTENAGA. Saya dah alaminya sendiri, anda bila lagi?

Demikianlah pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Dr. Nadia. Jika anda mengalami masalah yang sama, boleh terus berhubung dengan akak menerusi maklumat yang tertera di bawah. Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut: 



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib 
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/ 
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com 
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu 


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday 20 November 2016

Ummi Berbangga Dengan Pencapaian Mu Anakku!

Pada Khamis lepas, berakhirlah segala debaran yang ditunggu-tunggu selama ini. Keputusan Peperiksaan UPSR 2016 mula diumumkan di sekolah-sekolah mulai jam 10 pagi. Ramai yang kecewa dengan keputusan UPSR yang menjunam jatuh tahun ini. Semuanya gara-gara format baru dan sistem pemarkahan yang agak tinggi tahun ini.

Ummi tunaikan janji belanja makan chicken chop
Akak dari awal memang target anak sulong akak (Haziq) untuk mencapai keputusan yang terbaik. Ibu mana yang tak nak lihat anaknya berjaya, betul tak? Dan Haziq sendiri memang usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan cemerlang. Bila dinyata, "insyaAllah bang long akan dapat 6A" katanya. Sebagai ibu, akak sememangnya meletakkan kepercayaan atas keyakinan beliau..terus memberi dorongan dan galakan untuk berusaha.

Dalam masa yang sama, bang long memang tak pernah lupa membaca yasiin sepanjang tempoh peperiksaan, solat hajat bermula dari sebelum exam sehingga keputusan diumumkan. Dalam hati akak, memang terdetik: "aku redha dengan apa sahaja keputusan yang bakal anakku perolehi.."

Sebelum keputusan diumumkan pagi Khamis (17 November 2016), dah terdengar ura-ura bahawa result UPSR jatuh merudum. Awal-awal pagi dah dapat beberapa mesej, tanya result anakanda Haziq macamana. Padahal masa tu belum jam 10 pagi. Adik ipar wassap bagitau, "result teruk tahun ni, kak jihah terima je lah apa saja keputusan yang bang long akan terima..sek saya target 20 orang 6A tapi 1 orang je dapat.."

Lepas tu, dapat pula mesej dari kawan akak, bertanyakan hal sama. "sek aku sorang pun tak dak 6A wei.." katanya..akak masih boleh bertenang, walaupun ada juga debarannya. Maklumlah anak sulong..dan mengingatkan harapan bang long yang dia boleh dapat 6A. Tak lama lepas tu, dapat lagi pm bertanyakan result Haziq juga, kawan ni bagitau result BI Penulisan paling menjunam sebab format baru yang bertukar last minute.

Disebabkan Haziq calon menumpang di SK Tg. Gelam, Terengganu, resultnya akan diumumkan di sek lama beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Majlis Islam Sarawak Bintulu. Kebetulan, SK Agama diumum sebagai sekolah terbaik iaitu lulus 100%, jadi majlis pengumuman untuk bahagian Bintulu diadakan di sana. Makanya, agak lambat keputusan diketahui. 

Result Bang Long yang cikgu kelas sek lama snap


Akak masih belum ke sekolah Haziq memandangkan keputusannya pun tidak diumumkan di sini. Tepat jam 10, akak buat semakan result melalui SMS. Berdebar menunggu balasan sms, tak lama lepas tu, dapat reply keputusan Haziq 3A, 2B, 1C. Tapi tak dimaklumkan subjek apa yang dapat gred tadi. Walaubagaimana pun, akak amat bersyukur dengan keputusan itu bila dengar ada kawan inform anaknya takde A langsung. Dan sek lama Haziq pun pelajar paling cemerlang hanya mendapat 5A. 

Terus memandu ke sek Haziq selepas tu, majlis pengumuman keputusan sedang berjalan di sekolahnya. Satu persatu nama murid diumumkan bermula dari bawah. Sedih melihat anak-anak menangis sendu sedan bila target tak tercapai. Ada yang ditarget 6A, result sebenar 1A sahaja. Kesian sungguh. Dan paling sedih tenguk wajah guru-guru yang sugul dan kecewa kerana mereka telah berusaha keras siang malam mendidik anak murid mereka.

Haziq masih relax, akak panggil Haziq dan maklumkan padanya result yang beliau perolehi. Tenang je dia masa tu. Sekolah sini hanya seorang pelajar yang mendapat 4A, 4 orang mendapat 3A.Yang lain 2A ke bawah. Alhamdulillah, Haziq dan Ummi sama-sama dapat terima keputusan dengan tenang. Malah akak amat bangga dengan pencapaian Haziq ni memandangkan situasi UPSR tahun ni tak sama dengan tahun-tahun sebelumnya.

Sebenarnya, apa yang paling membanggakan ummi ialah Bang Long tak pernah tinggalkan solat 5 waktu, setiap malam mesti mengadap ummi baca al-Quran, kadang-kadang bang long tolong ummi ajarkan adik-adik, dah 2-3 kali khatam al-Quran, anak yang paling suka tolong ummi tanpa banyak soal seperti adik-adik lain. Ini sebenarnya yang paling membahagiakan ummi.

Tahniah di atas pencapaianmu anakku. Doa ummi semoga bang long akan berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi anak soleh yang menjadi aset ummi dan baba setelah kami tiada nanti. Amiin.

Program Hari Keluarga dan Majlis Graduasi Taska Juhani dan Tadika Cahaya Didik

Semalam akak temankan anak kelima dan keenam akak join Majlis Hari Keluarga dan Graduasi Taska Juhani dan Tadika Cahaya Didik, tempat akak hantar dia orang time akak kerja. Majlis Graduasi hanya libatkan anak-anak 6 tahun dari Tadika Cahaya Didik je, kebetulan pengusaha tadika dan taska tu orang yang sama dan premis pun sebelah menyebelah je.


Untuk murid taska, dia orang hanya buat persembahan dan terlibat dengan pertandingan je. Alhamdulillah, anak akak Hanis pun terlibat dengan persembahan kelmarin iaitu Dikir Barat. Dikir Barat tu untuk anak-anak 3 dan 4 tahun  saja. Memang dah lama Hanis dok berlatih kat rumah pun asyik dok tunjuk dekat ummi dan abang kakak je. Memang tak sabar sungguh kami nak tengok persembahan dia kelmarin.

Ok ni sedutan video persembahan dikir barat kelmarin. Boleh klik link ni ya.

https://www.facebook.com/najihah.a.mutalib/videos/10211140207406222/

Selain daripada itu, ada banyak lagi persembahan daripada anak-anak tadika dan juga pertandingan pakaian beragam dan bayi ceria. Hanis dan adiknya juga masuk pertandingan pakaian beragam tu. Jom tengok gambar-gambar yang akak sempat snap kelmarin.

Kami sampai paling awal..haha

Hanis ketika pertandingan pakaian beragam


Huda ketika pertandingan pakaian beragam 


Hanis dan Huda di atas pentas




InsyaAllah tahun depan Hanis dah tak belajar di sini dah. Akak nak hantar Hanis ke Pasti pulak. Dulu masa kat Bintulu memang Hanis dah belajar di Pasti Bintulu, tapi bila datang sini akak risau adiknya Huda tak dapat suaikan diri di taska baru, jadi akak hantar Hanis sekali dengan adiknya ni..alhamdulillah Huda pun dah ok, insyaAllah Huda akan kekal di Taska Juhani untuk tahun depan.

Taska dan tadika ni terletak di Taman Bestari, Gong Badak..betul-betul berdepan dengan Sek Kebangsaan Gong Badak. Sesiapa yang tinggal di area berhampiran boleh lah hantar anak-anak ke sini.

Ok itu saja coretan akak kali ni, hingga berjumpa lagi..bye..