Wednesday 13 July 2016

Tanggapan Saya Terhadap MLM Berubah Setelah Kenal Shaklee

Assalamualaikum & Selamat Bertemu Kembali..

Dulu akak selalu baca ttg Bisnes MLM yg diumpamakan seperti sistem piramid atau skim cepat kaya. Hanya orang bawahan yg perlu kerja keras..leaders atau pimpinan atas hanya boleh duduk goyang kaki tapi duit masuk.

Ada juga bisnes MLM yg akan dapat duit hanya.dengan menaja orang. Siapa join dulu dia akan dapat keuntungan selama-lamanya..dan mcm2 lagi lah sogokan cerita2 ngeri dan sadis yg akak dengar ttg bisnes MLM ni..


Tapi...segala tanggapan salah akak terhadap sistem MLM ini berakhir setelah mengenali Shaklee...bisnes MLM tidak salah, tapi bagaimana ia dioperasikan oleh para pengamalnya itu yg perlu diperhalusi.

Alhamdulillah, setelah mengenali Shaklee akak boleh katakan disini bahawa Shaklee adalah salah satu bisnes MLM yang PATUH SYARIAH sebagaimana yg digariskan oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman.

Shaklee menjual barangan yg berkualiti dan diiktiraf Halal..semua produk Shaklee melalui ujian klinikal dan kajian yang mendalam oleh para pakar dan saintis Shaklee. Tiada barangan yg memudaratkan dan haram yg dikeluarkan oleh Shaklee.

Shaklee menjual produknya pada harga yg sangat berpatutan sesuai dgn kualiti produknya. Tiada barangan yg dijual dgn harga yg terlalu mahal sehingga menindas para pembeli. Contohnya Vitamin C Shaklee dijual pada harga RM92.50 sebotol yg mengandungi 180 biji dan tahan sehingga 6 bulan. Bahkan harga ahli lebih murah dari harga jualan.

Keuntungan yang diperoleh oleh para pengedar Shaklee adalah berdasarkan hasil jualan produk bukan keuntungan atas angin..lagi banyak mereka menjual lagi banyak bonus yang akan mereka perolehi. Pengedar Shaklee walaupun dia adalah seorang leader yang mempunyai 100 orang dibawahnya, sekiranya jualannya adalah 0, maka dia tidak akan mendapat apa-apa bonus. Malah, jika orang bawahannya yang berusaha lebih, dialah yang akan mendapat bonus lebih berdasarkan usahanya.

Segala bonus dan keuntungan telah dijelaskan dengan terperinci oleh pihak Shaklee dalam Kit Permulaan yang diperolehi setelah seseorang itu join Shaklee..dan selalunya para leaders akan menerangkan dengan lbh lanjut sekiranya seseorang itu ingin serius berbisnes Shaklee. Dengan kata lain tiada keuntungan tersembunyi dalam Shaklee.

Bonus leadership yang diperolehi oleh para leaders hanya setakat 6 level sahaja..itupun jika leaders itu aktif menjual dan menaja..tidak seperti sesetengah bisnes MLM yg masih mendapat bonus leadership sehingga level 10 ke atas..ini memungkin leaders itu tidak kenal dan tidak mampu untuk mengadakan coaching sebaiknya..

Para leaders kami sentiasa membantu ahli bawahan sama ada dgn mengadakan kelas online mahupun offline..tapi dlm dunia kecanggihan IT sekarang, kelas online lebih praktikal memandangkan para ibu terutamanya tak perlu lagi keluar rumah pada waktu mlm dan sebagainya..

Inilah beberapa perkara tentang MLM Shaklee yang dapat akak sebutkan di sini dan semua ini akak dapat lihat dan alami sendiri setelah sertai Shaklee, sebab tu lah sampai sekarang akak masih setia dengan Shaklee kerana akak mempunyai keyakinan yang tinggi dengan bisnes Shaklee.

Selain itu, akak juga memang mengamalkan dan menggunakan produk-produk Shaklee jadi mudah bagi akak utk explain lanjut kepada pelanggan. Lagi pula, semua urusan jualbeli hanya dilakukan secara online! Sangat mudah kan?

Lagi satu yg buatkan akak jatuh cinta dgn Shaklee bila mana akak tengok leaders dlm group kami tiada yang suka menunjuk-nunjuk kekayaan mereka seperti sesetengah leaders dalam bisnes MLM lain. Malah kehidupan mereka nampak biasa sahaja walaupun sebenarnya mereka mempunyai pendapatan yang membanggakan.

Dan perkara yang paling "mengikat" akak dengan group Shaklee kami ialah amalan rohani dan ukhuwwah sesama ahli yang amat ditekankan oleh para leaders dan ahli kumpulan..hubungan kami bukan setakat rakan bisnes bahkan lebih daripada itu..banyak mengajak kepada amalan kebajikan dan inilah sebenarnya perkara yang paling akak sayang setelah sertai Shaklee.

Anda ingin merasai semua ini dan banyak lagi? Jom sertai akak dan grup kami hari ini. Jika berminat untuk tahu lebih lanjut tentang bisnes Shaklee, hubungilah akak di talian 0134517098 atau 0168867098..atau terus pm akak di facebook akak melalui link ini.