Monday 29 August 2016

Projek D.I.Y: Botol Vitamin Bertukar Menjadi Bekas Yang Cantik

Jika anda mempunyai botol vitamin Shaklee, jangan dibuang bila isinya telah habis. Kerana botol-botol kosong tu kita boleh transform menjadi bekas menyimpan makanan yang sangat cantik. Sebenarnya saya mendapat idea ni setelah melihat rakan-rakan fb buat bekas menyimpan kuih raya daripada tong ESP dan Meal Shakes Shaklee.

Sebelum ni saya memang buang ke semua botol dan tong vitamin Shaklee yang saya makan. Sebabnya masa tu belum datang idea untuk buat semua ni. Terasa sayang pula bila mengingatkan botol-botol dan tong vitamin yang dah dibuang dulu.

Alhamdulillah, sejak berpindah ke Terengganu, mudah sikit saya nak mencari bahan-bahan untuk buat projek DIY kali ni. Jom kita tengok apakah bahan-bahannya.



Bahan yang diperlukan ialah:

1) Botol / Tong Vitamin Shaklee

2) Self Adhesive Wall Paper

3) Gunting

4) Pensil

Caranya mudah je. Tanggalkan pelekat pada botol vitamin Shaklee. Tarik perlahan-lahan ya. Lepas tu, ukur kertas pelekat yang dah ditanggalkan tadi atas wall paper dan tekap menggunakan pensil. Gunting ikut tekapan yang dah anda buat tadi. Akhir sekali, lekatkan wall paper pada botol vitamin tadi. Anda boleh buat ikut kreativiti anda ya. Dan hasilnya sangatlah cantik!





Macamana? Mudah kan? Jom lah buat projek D.I.Y ni hari ini. Ok jumpa lagi ya, bye-bye.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


Thursday 25 August 2016

Kenapa Saya Mesti Menjadi Mentor Anda Dalam Shaklee?

Saya nak sangat membantu anda semua menjana pendapatan sampingan bersama Shaklee sebagaimana yang telah saya capai setelah 4 tahun menjalankan bisnes Shaklee secara part-time dengan serius. Mari saya nyatakan beberapa kelebihan dan pengalaman yang saya ada untuk menjadi mentor anda dalam bisnes ini.



Pencapaian Saya Dalam Shaklee.


° Join Shaklee sejak September 2012.

° Founder Empayar Shaklee an-Najah.

° Telah mencapai rank Senior Coordinator.

° Pernah menerima cash bonus sehingga 5 angka.

° Telah dan masih menerima car bonus @ insentif kereta dr Shaklee.

° Telah menerima insentif percutian PERCUMA Shaklee ke Long Beach, California, USA.

° Telah menerima 3 kali insentif percutian PERCUMA dalam negara.

° Telah menerima 3 kategori leadership award di Shaklee Global Conference, Long Beach, USA.

° Telah menerima leadership award dr Shaklee sewaktu National Conference selama tiga tahun berturut-turut.

° Mempunyai hampir 500 orang anak-anak bisnes di bawah Empayar an-Najah termasuk leader dan pengedar yang aktif sehingga kini.

Sewaktu menerima replika kunci kereta


Kenapa Saya Nak Sangat Menjadi Mentor Shaklee Anda?

Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya tetap sebagai Pensyarah Universiti, mempunyai 6 orang anak berusia 1 hingga 12 tahun dan telah hampir setahun menguruskan rumahtangga dan anak-anak bersendirian kerana suami bekerja di Kedah dan saya di Terengganu. Tetapi saya dapat mencuri sedikit masa saya untuk menjalankan bisnes Shaklee secara part-time dan saya berjaya melakukannya. Saya amat pasti, anda lagi boleh berjaya lebih daripada apa yang saya dapat.

Dahulunya, saya kurang aktif berfb. Kalau berfb pun hanya banyak "buangkan" masa saya dengan scroll fb baca status kawan-kawan je tanpa dapat apa-apa. Tapi kini setelah ber"Shaklee", saya amat aktif berfb malah yang bestnya saya bukannya buang masa dgn baca post kawan-kawan je mcm dulu, kini sambil berfb saya dapat income tambahan setiap 15 hb. Sebab tu saya nak sangat ajar anda mcmna nak cari income secara online ni. Saya nak sangat bantu anda semua.

Dahulu, saya tak de ilmu langsung tentang blog. Kini, saya dah tahu selok belok berblog dan dah boleh ajar anak-anak Shaklee saya create blog. Dan dengan keadaan diri saya sekarang, saya masih sempat update blog apatah lagi anda kan? Jadi gunakan peluang dan kelebihan yang anda miliki untuk bersama-sama saya berjaya dalam Shaklee.

Dahulu, saya dapat naik rank Senior Coordinator sewaktu saya tengah struggle siapkan tesis PHD saya. Saya join Shaklee dan "menyibukkan" diri dengan Shaklee antara sebabnya adalah untuk hilangkan stress saya waktu tengah pening nak siapkan tesis. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga menggenggam segulung ijazah Doktor Falsafah dan pada masa yang sama berjaya juga mencapai rank ke-4 dalam Shaklee selepas Distributor. Jadi, saya amat yakin bahawa anda lagi boleh capai lebih hebat daripada saya.

Kalau anda nak tahu, saya ni seorang yang "pemalu" bila berhadapan dengan orang. Saya susah untuk buka mulut untuk bercerita dan tarik orang join bisnes secara "face to face". Sampai sekarang saya tak pernah bercerita atau memujuk kawan-kawan beli atau join Shaklee secara berdepan. Sebabnya saya pemalu..sebab ni jgk la banyak sangat MLM yang saya join berkubur sahaja. Tetapi tidak dengan Shaklee. Saya boleh berbisnes secara online. Saya bebas bercerita itu ini tentang Shaklee di alam maya ini. Saya jadi tak "malu" dah nak bercerita sebab bukannya berhadapan secara "face to face". Hihi. Jika anda ada sikap macam saya, anda boleh join saya kita sama-sama belajar nanti. Mungkin lepas ni kita boleh belajar untuk berbisnes Shaklee secara offline juga.

Saya tahu ramai kawan di luar sana yang masih tercari-cari kerja atau bisnes part-time untuk menambah pendapatan sampingan keluarga. Jadi saya nak sangat bantu anda untuk merealisaikan impian anda. Tak kira anda masih belajar, tidak bekerja, dah bekerja, sudah pencen, masih bujang, dah berumahtangga dan beranak atau bercucu..semuanya saya alu-alukan untuk bersama-sama saya mencapai impian anda bersama SHAKLEE.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday 24 August 2016

Ketahui Rahsia Perokok Tegar Sejak Berusia 14 tahun Berhenti Merokok Dengan Cepat

Bahaya merokok sebenarnya telah diketahui umum termasuklah dalam kalangan para perokok sendiri. Sebabnya boleh dikatakan saban hari juga kita disogokkan dengan pelbagai berita tentang akibat buruk yang bakal terjadi kepada para perokok ini. Bahkan kalau kita ke klinik atau tempat-tempat tertentu, terpampang poster tentang bahaya merokok ini. Jadi, kalau nak kata orang tidak tahu tentang bahayanya memang agak mustahil nak mengiyakannya.



Sebenarnya sesetengah para perokok tegar ni memang ada niat untuk untuk berhenti merokok. Tetapi bak kata Dr. Azizan Osman, sewaktu saya menghadiri seminar beliau suatu ketika dahulu, niat sahaja tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan tindakan dan keazaman yang kuat.

Saya masih ingat bagaimana Dr. Azizan ada menceritakan kisah beliau sendiri yang juga merupakan perokok tegar suatu waktu dahulu. Ketika beliau pergi ke sebuah klinik, beliau terpadang satu poster tentang bahaya merokok. Poster tersebut memberitahu tentang kandungan atau bahan-bahan yang terdapat dalam sebatang rokok iaitu antaranya adalah bahan kimia yang terdapat dalam asap kenderaan. Beliau terbayang selama ini beliau menghisap asap bas mini yang kotor, yang selalunya beliau pasti akan mengelak jika melalui jalan yang dilalui oleh bas mini tersebut. Tapi kini, beliau bermonolog sendirian, aku pula yang menghisap asap bas mini yang aku tidak suka itu. Dan bermula dari peristiwa itulah beliau berniat, kuatkan tekad dan azam serta memulakan tindakan untuk berhenti merokok.



Berbalik kepada cerita seorang perokok tegar iaitu Encik Uzir yang telah mula serius merokok sejak berusia 14 tahun, beliau sememangnya 'hantu rokok' sehinggakan beliau merasa penat atau letih nak merokok. Tetapi, walau pelbagai usaha telah beliau lakukan, ketagihan beliau terhadap rokok tetap tidak dapat dibuang. Bayangkanlah sejak usia 14 tahun hingga usia menginjak 30 an, kiranya sudah lebih 20 tahun rokok telah sebati dengan diri beliau, memang susah la kan nak membuang ketagihnya itu.

Tapi, akhirnya usaha beliau untuk berhenti merokok telah menemui jalan penyelesaiannya bila mana beliau telah diperkenalkan dengan VIVIX Shaklee oleh isteri beliau sendiri. Setelah meminum Vivix, sedikit demi sedikit keinginan untuk merokok hilang. Anda boleh saksikan video berikut untuk mengetahui kisah beliau selanjutnya.


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Anda juga boleh tengok video ini, kisah seorang lagi perokok tegar iaitu encik Hazrin yang berhenti merokok selepas 2 minggu diberi minum VIVIX Shaklee oleh isteri beliau.



Bagaimana VIVIX Shaklee Membantu Perokok?

Vivix adalah satu-satunya produk Shaklee yang merawat sehingga peringkat sel. Vivix merawat sehingga peringkat DNA dengan cara memulihkan DNA perokok yang telah rosak dan tercemar akibat aktiviti merokok. Hasilnya, DNA akan kembali kepada asal dan perokok akan mengalami rasa pahit dan busuk apabila menghisap rokok dan juga menjadi semput dan sesak apabila menghidu asap rokok.



Kepada anda yang ingin berhenti merokok atau para isteri yang ingin suaminya berhenti merokok, cubalah VIVIX Shaklee hari ini. Mulakan dari sekarang, jangan bertangguh lagi. Kerana sebagaimana yang anda tahu, merokok itu membawa pelbagai bahaya, kemudaratan, penyakit dan pembaziran. Jika masih bertangguh-tangguh, anda akan menyesal di kemudian hari.

Jika anda ingin info lanjut tentang VIVIX Shaklee, boleh terus berhubung dengan saya di nombor seperti tertera di bawah. Atau jika anda ingin membeli segera secara online, anda boleh klik button order di bawah. Setelah membeli, jangan lupa hubungi saya untuk konsultasi seterusnya.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday 23 August 2016

Resepi Kuah Kacang Tauhu Sumbat Yang Sangat Sedap

Akak ni memang peminat tauhu sumbat. Kalau sebelah utara sana, tauhu sumbat kami biasanya makan dengan kuah kacang. Sebenarnya akak dah lama nak kongsi resepi kuah kacang ni kat blog akak tapi asyik bertangguh je. Akhirnya dari bulan ke bulan sampai masuk tahun pun tak tertulis lagi entri ni.

Inilah Tauhu Sumbat yang menjadi kegilaan ramai dulu


Kalau korang nak tahu, dulu sekitar tahun 2011-2012, suami akak pernah buat bisnes berasaskan soya sekejab. Apa yang suami akak buat ialah tauhu, taufufah dan air soya. Sebenarnya suka-suka je buat jualan secara sambilan, habis kerja cikgu, balik rumah petang atau malam suami akan mula buat dah produk soya dia tu.

Masa tu suami akak siap beli mesin soya dan ada ambil pekerja sambilan juga terutamanya pada bulan puasa sebab dok berniaga hari-hari. Akak pula masa tu tolong suami buat tauhu sumbat, sekali la dengan kuah kacang juga. Nak dijadikan cerita, produk soya suami laku sangat, tauhu sumbat pun selalu je tak cukup. Pelanggan cakap kuah tauhu sumbat akak sedap. Sampai ada yang minta resepi. Akak bagi je lah kan.

Tapi kali ni spesel untuk korang semua, akak nak share resepi kuah tauhu sumbat kat sini. Jom tengok resepinya.

Bahan-Bahan:

3 cawan kacang tanah yang dah digoreng dan dikisar kasar. Akak biasa beli kacang yang besar warna putih tanpa kulit)

Cili Kering Kisar (ikut kepedasan masing-masing) biasa akak letak 1@2 sudu je.

1 ketul gula melaka (bulat)

Gula pasir 2 sudu besar atau ikut kesedapan masing-masing

Garam secukup rasa

Air asam jawa (jangan terlampau banyak asam jawa nanti masam)

1 ketul kiub ayam (jika suka)

1 sudu tepung jagung

Sedikit Air

Sedikit Minyak Masak


Cara Membuatnya:

Panaskan periuk, masukkan minyak dan tumis cili kisar.

Campurkan kacang yang dah dikisar kasar bersama air asam jaga dan tuangkan ke dalam tumisan cili tadi.

Masukkan Gula Melaka (patahkan kecil), gula pasir, garam dan kiub ayam kacau dan masak dengan api kecil sehingga gula larut.

Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam periuk tadi. Pastikan kuah jangan terlalu pekat, biar cair sedikit sebab nak campur tepung jagung tadi.

Rasakan kuah kacang biar secukup rasa, setelah mendidih beberapa ketika bolehlah di makan bersama tauhu sumbat atau cicah bersama cucur udang.

Ok itu sahaja resepinya. Selamat mencuba.

Kenapa Mr. Roger Barnett Berani Wujudkan Landmark Study Untuk Shaklee?

Kali ni akak nak share tentang Landmark Study Shaklee. Apa tu Landmark Study? Haa..korang mesti selalu dengar perkataan Landmark kan? Analoginya macam ni lah ya, biasanya kita sebut sebagai mercu tanda..contohnya kalau kita nak ke Kuala Lumpur, biasanya landmark atau mercu tanda yang sinonim dengan Kuala Lumpur ialah KLCC, Dataran Merdeka, KL Tower dan seumpamanya lah kan.

Akak bersama Roger Barnett, CEO Shaklee sewaktu
Global Conference Shaklee tahun 2014 di Long Beach, USA


Begitu juga dengan Shaklee, Roger Barnett nak sangat satu Landmark Study dijalankan supaya ada bukti saintifik tentang keberkesanan produk Shaklee terhadap orang ramai. Sebenarnya kisah kecintaan Roger terhadap Shaklee ni bermula selepas beliau dan keluarganya sendiri merasa kesan yang positif setelah mengguna produk Shaklee. Untuk pengetahuan semua, anak Roger adalah seorang pengidap asthma yang agak kronik suatu ketika dahulu.

Setelah berjumpa dengan pelbagai doktor pakar dan mencuba pelbagai jenis ubat serta produk, penyakit anak beliau masih juga tiada penawarnya. Sehinggalah beliau 'berkenalan' dengan Shaklee dan mengambil keputusan untuk menggunakan Set Penjagaan Rumah Get Clean Shaklee untuk kediaman beliau.



Apa yang menakjubkan, anak beliau tidak lagi diserang asthma setelah beberapa lama mereka menggunakan Set Get Clean Home ini. Rupa-rupanya anak Roger alah dengan habuk dan kotoran yang berada di persekitaran yang juga menjadi punca kepada penyakit asthma.





Setelah Roger menerajui Shaklee Corp., beliau mengarahkan supaya satu survey & kajian saintifik dijalankan terhadap produk Shaklee demi membuktikan kepada orang ramai tentang keberkesanan dan kehebatan Shaklee berbanding brand lain.



Kajian ini dijalankan oleh pihak ketiga yang tidak mempunyai kepentingan dalam Shaklee iaitu sekumpulan saintis dan penyelidik dari University of California, Berkeley yang diketuai oleh Dr. Gladys Block. Dr Block merupakan salah seorang pakar atau ahli epidemiology di USA. 



Kalau korang nak tahu, Landmark Study ini amat berisiko sekiranya resultnya nanti tidak memihak kepada syarikat kerana hasil kajian mesti diterbitkan kepada umum iaitu dalam peer review journal. Tapi Roger Barnet tidak risaukan tentang result yang bakal diperolehi kerana beliau amat yakin dan percaya dengan keberkesanan produk Shaklee.



Kajian telah dijalankan terhadap lebih 1000 orang responden yang mempunyai 3 kriteria berikut:


° Mereka yang tidak mengambil sebarang suplimen tetapi mengamalkan diet sihat.
° Mereka yang mengambil suplimen jenama lain.
° Mereka yang mengambil suplimen Shaklee.


Apa yang memeranjatkan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam graf berikut, result menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplimen jenama lain yang paling berisiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sebagainya.







Korang fikir kenapa agaknya ya? Makan suplimen tapi lagi mengundang risiko penyakit? Haa..yang ni akak tak nak cakap apa-apa lah, korang fikir-fikirkan sendiri lah. Sebab tu juga banyak syarikat suplimen yang tak nak buat Landmark Study ni. Takut diorang kantoi nanti..



Dan untuk pengetahuan korang juga, Shaklee adalah satu-satunya syarikat suplimen yang berani mengambil risiko ini. Jadi, kalau akak dok cakap Shaklee ni bagus, korang tak boleh nak marah ya sebab akak ada bukti berdasarkan Landmark Study ni..jadi tunggu apa lagi, jom bertukar jenama suplimen korang kepada jenama SHAKLEE..

Rujukan dan keputusan lengkap mengenai Landmark Study Shaklee ni, korang boleh pergi ke website Landmark Study.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib 
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/ 
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com 
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday 17 August 2016

Kenangan Lawatan Ke Bangunan Shaklee Home Office, Pleasanton, CA, USA


Kenangan terindah yang pasti takkan akak lupakan. Lawatan ke Shaklee HQ adalah salah satu tentatif program sewaktu Trip Percuma Shaklee ke USA pd tahun 2014. Dan inilah aturcara yang anat ditunggu2 oleh para SID. Bayangkan, walaupun dah 2 tahun berlalu, akak masih terbayang2 keterujaan kami ketika dibawa melawat ke sana.


Mahu taknya, sebelum ni akak sendiri hanya terbaca blog SID Mat Saleh yang ada buat lawatan ke sana juga. Memang tak sabar sebenarnya pada masa tu nak jejak kaki sendiri ke bangunan Shaklee HQ sbb keunikan yang dimilikinya..



Korang nak tahu tak apa keunikan itu? Antaranya yang akak dapat kongsikan di sini ialah:



1) Senibina bangunan Shaklee HQ ini adalah berkonsepkan mesra alam, selari dengan konsep yang dipegang oleh syarikat sendiri iaitu "Selamat, Berkesan dan Mesra Alam" ~ Living in Harmony with Nature.



2) Sebahagian besar bahan binaan yang digunakan adalah bahan2 semulajadi dan ada juga penggunaan bahan kitar semula termasuklah dr segi warna, dinding, lantai, bumbung, karpet dll.



3) Bangunan ini menggunakan sistem pengudaraan semulajadi, yang bermaksud tiada penyaman udara dipasang di seluruh bangunan tersebut. Selain daripada udara luar yang bebas masuk melalui lubang2 binaan, sistem pengudaraan juga dihasilkan oleh satu kipas 'gergasi' yang dipasang dari bawah lantai bangunan.



4) Sistem pencahayaan juga menggunakan cahaya semulajadi dari luar (pada waktu siang) melalui tingkap2 dan cermin2 kaca di seluruh bangunan. Kaca2 ini menggunakan electronic sensor yang membenarkan hanya 80% cahaya masuk tanpa ada rasa panas yang kuat.



5) Bangunan ini terbahagi kepada beberapa bahagian seperti bahagian pentadbiran, dewan taklimat, makmal ujikaji dll.



6) Shaklee HQ ini terletak di kawasan yang masih terjaga kehijauannya dgn ditanam pokok2 disekitarnya.



7) Di sini juga terdapat meja dan kerusi pertama yang digunakan oleh Dr Forest C. Shaklee.



8) Juga terdapat replika VIVIX yang sangat besar.



9) Terdapat satu gong besar yang akan dipalu setiap kali jualan Shaklee mencapai RM1 juta di seluruh dunia.



10) Di sini juga tempatnya para saintis Shaklee menjalankan ujikaji terhadap semua produk Shaklee. Masa kami ke sana, mmg kami diperkenalkan dgn semua saintis Shaklee yang ada.



11) Terdapat gambar2 para Masters Coordinator Shaklee dr seluruh dunia termasuk dari  Malaysia dalam frame yg digantung pada satu sudut dlm bangunan ini.



Masih ingat lagi bagaimana sambutan yang amat hebat kami terima ketika rombongan SID Malaysia mula tiba..kami disambut dengan karpet merah dan tepukan gemurh oleh semua staf Shaklee HQ yang berdiri di kiri & kanan laluan kami memasuki bangunan..



Pada masa tu terasa bangga sangat..dan juga sangat teruja. Inilah gambar-gambar  yg sempat akak abadikan sewaktu lawatan ke sana..ini yang ada dlm hp, masih ada lagi dlm kamera sebenarnya..


Sempat bergambar di hadapan jalan masuk ke bangunan HO Shaklee




Dr Forest C Shaklee




bergambar di meja dan kerusi milik Dr. Forest C Shaklee










Ketibaan kami disambut oleh semua staf dengan hamparan karpet merah & tepukan gemuruh






Kepada semua SID, kita mesti bekerja keras utk ke sana lagi..mmg best sangat sehingga tak dapat digambarkan dengan kata-kata dan tulisan..



Anda ingin serasa trip percuma sebegini? Hubungi akak untuk maklumat lanjut mengenai trip percuma Shaklee ini.


#tsunamishaklee #team6 #bisnesdarirumah


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut: 



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday 14 August 2016

Pengedar Sah Shaklee Yang Aktif dan Terbaik di Negeri Sarawak

Assalamulaikum.

Alhamdulillah, sejak menyertai Shaklee pada penghujung tahun 2011, saya mempunyai rangkaian pengedar Shaklee di seluruh Malaysia yang amat aktif dan memberi servis terbaik kepada para pelanggan. Sebut sahaja di mana anda maukan vitamin Shaklee, insyaAllah akan ada anak-anak Shaklee a.k.a rakan bisnes saya yang akan menguruskan order anda .

Memandangkan saya kini dah berpindah tempat kerja ke negeri Terengganu, maka secara rasminya saya tidak dapat nak uruskan order melalui COD lagi ke kawasan sekitar Bintulu dan pos menggunakan perkhidmatan bas ke semua bahagian di Sarawak. Walau bagaimanapun, saya mempunyai ramai rakan-rakan bisnes di sana yang bernaung di bawah empayar Shaklee saya iaitu An-Najah. 

Pengedar Shaklee Aktif di Bahagian Bintulu, Sarawak

Berikut adalah nama-nama pengedar Shaklee yang amat aktif di bahagian Bintulu Sarawak. Anda semua boleh je hubungi mereka ini untuk dapatkan sebarang jenis produk Shaklee, insyaAllah mereka akan melayan anda sebaik mungkin.

1) Tumarawati binti Manshor


Beliau adalah salah seorang leader an-Najah yang amat aktif menjual, menaja dan membuat konsultasi terbaik kepada para pelanggannya. Beliau juga mempunyai rangkaian anak didik atau rakan bisnes di bawah empayar beliau iaitu Empayar Ummi Zubari. Kepada anda yang tinggal di sekitar Bintulu dan seluruh Sarawak bolehlah berhubung dengan beliau melalui maklumat berikut untuk membeli produk Shaklee secara COD mahupun pos:

Nama: Tumarawati binti Manshor
Nama FB; Ummi Zubari
Blog: http://ummizubari.blogspot.my/
H/P:  013-8342092
Tempat COD: Bintulu, Sarawak


2) Khadijah binti Abdullah


Beliau juga merupakan salah seorang leader hebat dari empayar saya. Merupakan pengedar Shaklee yang amat berdedikasi dan amat suka kepada bisnesnya. Beliau dapat uruskan order untuk dua kawasan iaitu Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah. Macamana beliau buat? Itu kena tanya dengan tuan badan sendiri lah, Jadi anda yang berada di Bintulu Sarawak dan Semporna Sabah jangan segan-segan untuk hubungi Puan Khadijah Abaullah berdasarkan maklumat berikut:

Nama: Khadijah Abdullah
No H/P: 013-8369536 (whatsapp/telegram)
Blog: khadijahbeautyshop.blogspot.com
Fb Pages : khadijahbeautyshop
FB personal : Khadijah Abdullah
Tempat COD : Bintulu Sarawak, Semporna Sabah



3) Emelia Anak Jumoi



Emy Lea, merupakan leader an-Najah juga dan beliau adalah Pengedar Shaklee bagi kawasan Sri Aman. Seorang guru yg menjalankan bisnes secara part time. Orang sekitar Sri Aman jangan lupa hubungi beliau ya.

Nama: Emelia anak Jumoi
No H/P: 019-4675097 (whatsapp/telegram)
Blog: emyhealthandbeautyshop.blogspot.com
Fb Pages : Tips Keluarga Sihat
FB personal : Emy Lea
Tempat COD : Sri Aman, Sarawak.



4) Zainah binti Mukhtar



Seorang lagi Pengedar Shaklee di bahagian Bintulu ialah Puan Zainah Mukhtar. Orang-orang Bintulu boleh la dapatkan produk Shaklee dari akak manis ni. Akak ni tinggal dalam UPM Kampus Bintulu. Seorang WAHM (work at home mom), juga chef yang berbakat..sambil-sambil korang order vitamin Shaklee, boleh la korang selit order baulu panas, cream puff, durian crepe, popia simpul, maruku meletop dan macam-macam lagi lah..insyaAllah konsultasi beliau pasti tip top! Hubungi beliau menerusi medium berikut:

Nama: Zainah Mukhtar
No H/P: 019-2598492 (whatsapp/telegram)
Blog: http://zaivitamin.blogspot.my/
Fb Pages : Kedai Vitamin Ummi Maju
FB personal : Zainah Mukhtar
Tempat COD : Bintulu, Sarawak.


5) Normawaty binti Abdul Wahid




Beliau merupakan pengedar Shaklee yang aktif di Miri, Niah dan Bintulu, Sarawak. Berkerjaya tetap sebagai seorang guru dan menjadikan Shaklee sebagai bisnes part-time beliau. Orang-orang Miri, Niah dan Bintulu boleh berhubung dengan beliau untuk mendapatkan sebarang jenis produk Shaklee. InsyaAllah stok beliau sentiasa tersedia untuk anda. Hubungi beliau melalui maklumat berikut:

Nama: Normawati binti Abdul Wahid
Nama FB; Normawaty Abdul Wahid
H/P:  019-8754799

Tempat COD: Miri, Niah & Bintulu, Sarawak


6) Shamsiah binti Misbahuddin



Akak cantik ni adalah sorang lagi Pengedar Shaklee di bawah empayar an-Najah yang aktif di Miri. Orang-orang Miri jangan lupa contact akak manis ni ya untuk membeli produk Shaklee..

Nama: Shamsiah bt Misbahuddin
No. Hp : 0148997882
Fb : Roses Pisifera
COD : Miri, Sarawak



7) Noryani binti Abdullah



Orang2 Bintulu khasnya yang tinggal berdekatan UPM Kampus Bintulu boleh juga dapatkan vitamin Shaklee daripada Cik Puan Yanie yang cantik ni..hubungi beliau melalui maklumat berikut untuk dapatkan vitamin Shaklee anda ya:

Nama: Noryanie bt. Abdullah
Nama FB: Nora Yong
No. H/P: 013-8825714
COD: area UPM Bintulu



InsyaAllah senarai nama pengedar Shaklee di negeri sarawak akan saya update dari semasa ke semasa. Empayar Shaklee an-Najah mempunyai ramai lagi pengedar di negeri ini yang aktif dan mampu memberi layanan terbaik kepada anda.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:


✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday 11 August 2016

Kehamilan dan Buasir - Pengalaman Sendiri

Sewaktu hamil anak sulung, saya sering mengalami sembelit sehingga akhirnya membawa kepada terjadinya buasir. Kebiasaannya ibu hamil sering mengalami masalah ini. Jika tidak dikawal, ia akan berlarutan sehingga tempoh berpantang dan selepasnya.


Saya masih ingat ketika hamilkan Haziq (anak sulung) saya cukup takut untuk ke tandas. Disebabkan keadaan itu, najis menjadi keras dan menyebabkan luka di bahagian dubur. Keadaan menjadi semakin teruk selepas melahirkan Haziq akibat teranan yang kuat.

Situasi saya berulang lagi sewaktu hamil anak kedua iaitu kehamilan kembar. Setiap kali nak membuang air besar, saya pasti menangis sebab sakit sangat. Ubat yang diberi oleh Dr pun tiada kesannya. Pernah sewaktu membuang air besar, darah keluar macam air..pedihnya tak dapat nak cerita lagi.

Berjam-jam juga lamanya saya bertapa dalam tandas. Memang terasa siksa sangat ditambah dengan perut yang semakin membesar. Disebabkan terlalu lama mencangkung dalam tandas, buasir saya semakin parah.

Dan ianya menjadi semakin teruk sewaktu melahirkan anak kembar saya..disebabkan saya bersalin normal, teranan yang kuat membuatkan buasir saya terkeluar. Dr sendiri memaklumkan pada saya, dia terpaksa menolak masuk buasir itu ke dalam semula.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman berpantang saya amat tidak menyeronokkan pada waktu itu. Luka pun lambat sembuh disebabkan masalah ini. Masalah ini berlarutan dan berulang kembali sewaktu hamil anak keempat iaitu kehamilan ketiga saya.

Cumanya pada waktu itu, saya sedikit bernasib baik kerana anak keempat itu saya bersalin secara pembedahan kerana kedudukan bayi songsang. Disebabkan tiada proses teranan, kesakitan akibat buasir tidak berlaku pada waktu itu.

Saya ni dikirakan pengidap buasir yang agak kronik beberapa tahun dahulu. Sehingga Dr pernah menyarankan supaya saya melakukan pembedahan untuk mengatasi masalah buasir yang saya hadapi.

Sehinggalah saya berkenalan dengan Shaklee pada penghujung tahun 2011. Setelah beberapa lama saya mengamalkan vitamin Shaklee iaitu Set Asas (Vitalea, Vit C dan B Complex), saya disahkan hamil anak kelima.

Pada waktu itu, saya ambil keputusan untuk amalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vita C, Ostematrix, ESP dan Omega. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya tidak lagi mengalami masalah sembelit sepanjang tempoh kehamilan tersebut. Saya berasa amat gembira dengan keadaan itu dan saya mendapat kegembiraan berganda apabila masalah kejang kaki atau krem sewaktu hamil boleh dikatakan tidak pernah berlaku langsung masa mengandungkan anak kelima dan meneruskannya untuk anak keenam.

Vitamin yang saya ambil sewaktu hamil dan berpantang


Saya menjalani tempoh kehamilan dan berpantang dengan gembira sekali. Tiada lagi berlaku sembelit sewaktu berpantang, tiada lagi situasi takut untuk membuang waktu berpantang. Apa yang menyeronokkan saya, luka jahitan sewaktu bersalin juga sembuh dengan cepat.

Keadaan ini berlaku kerana peranan Ostematrix yang terdapat dalam Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee yang saya amalkan. Ostematrix Shaklee amat membantu para ibu hamil untuk membuang dengan lawas dan dapat mengelakkan berlakunya krem kaki.

Ostematrix Shaklee


Sememangnya ibu hamil amat memerlukan pengambilan kalsium yang mencukupi. Kadang-kadang walaupun telah minum susu, keperluan kalsium ibu masih belum mencukupi kerana kita berkongsi nutrien dengan bayi dalam kandungan. Oleh sebab itu, kita kena pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi sewaktu hamil untuk mengelakkan sembelit, krem kaki, sakit gigi dan masalah-masalah lain lagi.

Saya amat sarankan para ibu hamil semua mengambil Ostematrix Shaklee. Ia berbentuk tablet yang mudah untuk ditelan dan amat sesuai bagi mereka yang tidak gemar meminum susu. InsyaAllah ia akan dapat mengelakkan dari berlakunya masalah sembelit yang boleh menyebabkan buasir sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang.

VIDEO TESTIMONI AKAK SENDIRI >>> JOM TONTON

INI PULA VIDEO TESTIMONI IBU BERPANTANG TENTANG MASALAH SEMBELIT BELIAU..


Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

Klik pada logo berikut untuk pembelian Ostematrix Shaklee Secara Online >>>




Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:




✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.