Friday 28 April 2017

Tips Kekal Cergas Sepanjang Ramadhan Supaya Dapat Tunaikan Ibadah Dengan Bersemangat dan Kusyuk

Pejam celik pejam celik dah tinggal sebulan je lagi kita nak memasuki bulan Ramadhan al-Mubarak untuk tahun ini. Memang tak terasa pun perjalanan masa kan? Biasanya bulan Ramadhan ni dikenali sebagai bulan ibadah. Sepanjang Ramadhan jugalah Allah membuka segala pintu kebaikan dan menawarkan pelbagai ganjaran bagi sesiapa yang berjaya melakukan pelbagai ibadah dengan sebanyak mungkin.



Namun, kebiasaannya kebanyakan orang jadi lembik dan lemau pula pada bulan Ramadhan atau lebih sinonim dengan panggilan bulan puasa ni. Kenapa pulak jadi lemau? Ya lah, kan kita semua kena puasa, bila puasa selalunya orang tergambar akan keletihan kerana kena menahan lapar dan dahaga kan? Sepatutnya umat Islam perlu jadi lebih proaktif sepanjang Ramadhan tapi bagi sesetengah orang, situasi sebaliknya pula yang berlaku. Ok kali ni akak nak kongsikan tips bagaimana nak kekal cergas sepanjang bulan puasa supaya kita dapat jalankan ibadah dengan bersemangat sekali. 

Berikut adalah beberapa tips yang boleh akak kongsikan supaya kita semua dapat berpuasa dengan bertenaga seterusnya dapat melakukan ibadah lainnya dengan bersemangat dan kusyuk.

Tips 1: 

Niatkan kita berpuasa kerana Allah, bukannya niat untuk menunjuk dan sebagainya. Banyakkan berdoa kepada Allah supaya diberikan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan supaya kita dapat melakukan pelbagai ibadat dengan bersemangat dan kusyuk.

Tips 2: 

Amalkan pengambilan makanan seimbang sewaktu berbuka dan bersahur

  • Mulakan berbuka dengan memakan kurma kerana ia kaya dengan karbohidrat tingkas dan akan terus diserap oleh badan untuk membekalkan tenaga kepada tubuh yang berpuasa sepanjang hari. Kurma juga mempunyai khasiat vitamin lain, merupakan makanan rendah lemak dan tinggi serat yang amat baik untuk kesihatan.

  • Kurangkan pengambilan lemak terutamanya lemak tepu seperti sumber lemak daripada binatang seperti mentega dan keju kerana lemak jenis ini mempunyai aras kolesterol yang tinggi. 

  • Lebihkan pengambilan makanan berkarbohidrat yang terdapat dalam makanan manis kerana ia menjadi sumber tenaga segera kepada tubuh.
  • Lebihkan pengambilan air terutamanya air kosong atau jus buah-buahan tanpa gula. Elakkan pengambilan minuman berkarbonat dan berkafein.

  • Kurangkan pengambilan makanan masin ketika bersahur kerana makanan masin akan menyebabkan kita merasa terlalu dahaga di siang hari.
  • Kurangkan mengambil makanan bergoreng atau berlemak kerana makanan jenis ini akan menyebabkan ketidakhadaman yang membawa kepada pedih ulu hati.


Tips 3:

Bersegeralah sewaktu berbuka puasa, jangan bertangguh-tangguh lagi saat tiba waktu berbuka. Dengan berbuka awal waktu, secara tak langsung akan dapat memberi tenaga segera kepada tubuh yang berpuasa sepanjang hari. Malah umat Islam sendiri amat disarankan supaya berbuka awal waktu.

Tips 4:

Berbuka dengan tenang dan jangan gelojoh sewaktu makan. Elakkan berbuka dengan mengambil makanan dan minuman yang terlampau banyak yang boleh menyebabkan perut menjadi 'sengkak' yang akhirnya membuatkan tubuh menjadi semakin letih dan tidak mampu untuk menunaikan ibadah-ibadah lainnya lagi seperti solat tarawikh dan amalan sunat yang lain.

Tips 5:

Bangun dan bersahurlah walau dengan sebiji kurma dan segelas air. Pengambilan makanan waktu sahur amat penting bagi mengelakkan kita mengalami keletihan melampau di siang hari. Jika terlampau letih, sudah tentunya kita tidak mampu lagi untuk menunaikan amal ibadah lain sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Tips 6:

Sentiasa ingat dan percaya akan ganjaran yang bakal Allah berikan buat mereka yang melakukan ibadah puasa dengan sebaiknya dan menambahkan pelbagai amalan lain lagi sepanjang bulan yang mulia ini. InsyaAllah kita pasti akan sentiasa bersemangat melakukan ibadah dalam keadaan kusyuk dan sentiasa bertenaga.

Tips 7:

Mengambil Suplimen Shaklee Sepanjang Bulan Ramadhan. Ramai orang yang mengakui akan keberkesanan mengambil Set Puasa Shaklee atau lebih dikenali sebagai Mighty Three Gems Set ketika berpuasa sama ada sewaktu berbuka mahupun bersahur. Set ini terdiri daripada ESP, Performance Drink dan Meal Shakes. Ia mempunyai nutrisi lengkap yang diperlukan oleh tubuh sepanjang bulan puasa dan memberikan rasa kenyang yang berpanjangan serta mampu memberi tenaga siang dan malam hari.

Ia juga boleh dijadikan bekalan minuman sepanjang waktu ketika kita menunaikan solat terawikh.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:


 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday 18 April 2017

Kenapa No. Daftar KKM Dan Pelekat Hologram Perlu Dipaparkan Pada Botol Suplimen / Kosmetik Anda?

Sekarang ni banyak sangat produk-produk 'beracun' yang berada di pasaran negara kita. Bahkan sesetengahnya siap membuat iklan secara besar-besaran tanpa timbul rasa bersalah langsung di pihak pengeluarnya. Maklumlah orang kita sekarang, mudah sangat 'tertipu' dan terpengaruh dengan iklan-iklan dengan ayat bombastik dan dipaparkan pula dalam media arus perdana.


Ramai di kalangan kita jarang ambil kisah tentang no. kelulusan KKM dan pelekat hologram ni kan? Biasanya bila nak beli suplimen kita hanya tanya tentang status halal je, betul tak? Sebenarnya no kelulusan KKM dan pelekat hologram ni juga penting untuk pastikan produk yang kita beli bebas daripada bahan terlarang yang boleh memudaratkan kita sebagai pembeli.

Manakala pelekat hologram pula penting untuk pastikan produk yang kita beli betul-betul tulen bukannya tiruan. Maklumlah sekarang ni memang banyak produk tiruan di pasaran tau.

Kat Mana Nak Cek No. Kelulusan KKM dan Pelekar Hologram Pada Produk Shaklee?

Untuk semua vitamin Shaklee, korang boleh cek no kelulusan KKM dan pelekat hologram pada botol vitamin yang korang beli. Ok, sekarang akak tunjukkan contoh yang ada pada botol Vita-E Shaklee.

No. KKM biasanya bermula dengan MAL

Botol Vita-E di atas tertera no kelulusan KKM iaitu MAL #12075024NC. Gambar di bawah pula menunjukkan pelekat hologram yang ada pada botol Vita-E Shaklee.


Macamana Pula Nak Semak No. Kelulusan KKM & Pelekat Hologram Itu Adalah Sah?

Ha..untuk semak kesahihan no KKM tu, korang boleh pergi ke website National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagaimana di bawah.. Kemudian pilih Quest Products Search kalau nak semak berdasarkan nama produk, klik bahagian product name dan taipkan nama vitamin yang ingin dicari. Macam akak, terus taip Vita-E.


Seterusnya akan dipaparkan seperti ini. Ha..nampak tu tertera nama Vita-E Shaklee. Kalau nak tahu detail, klik je no. MAL tu..paparan detail sebagaimana gambar di bawah lagi.


Maklumat detail tentang Vita-E Shaklee.


Sementara bagi pelekat Hologram pula, ia penting untuk elakkan pengguna tertipu dengan membeli produk tiruan. Sesetengah pengeluar, mereka menipu pengguna dengan memaparkan no KKM produk lain. Sebab pengguna ni selalunya jarang nak cek no tu.sah atau tidak. Bila tengok dah ada no. MAL xxx pada botol, terus beli.

Jadi, KKM mensyaratkan lagi satu prosedur iaitu memohon dan memaparkan pelekat hologram pada botol. Ia adalah pelekat unik dan susah untuk ditiru oleh pihak pengeluar.


Pelekat hologram ni jugak boleh kita cek ketulenannya. Tapi ia perlu menggunakan alat khas yang hanya ada di farmasi berdaftar sahaja. Untuk info lanjut mengenai pelekat hologram ni korang boleh pergi ke website Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM.



Cara nak cek ketulenan hologram

Ok, rasanya dah panjang lebar akak terangkan tentang no kelulusan KKM dan Pelekat Hologram ni. Lepas ni boleh la korang cek dulu setiap produk suplimen atau kosmetik yang korang beli tu. Senang je kan. Semoga entri ni membantu korang semua ya.

Apa yang penting, vitamin Shaklee memang ada kelulusan KKM, siap ada ciri keselamatan untuk elak barangan tiruan dengan adanya pelekat hologram tu. Dan lagi best produk Shaklee juga ada kelulusan Halal. Sebab tu lah Shaklee menjadi pilihan ramai.

Monday 17 April 2017

Halalkah Vitamin Shaklee?

Masa awal-awal pembabitan akak dalam bisnes Shaklee ni, memang dah biasa dengan pertanyaan "Shaklee Halal Tak?", "Ada sijil halal tak?", "Ye ke Halal, kat botol takde logo halal pun..". Dan macam-macam persoalan lagi lah. Akak tak salahkan customer sebab sebagai orang Islam, perkara pertama yang wajib kita tahu apabila membeli makanan sudah semestinya lah taraf kehalalannya kan?

Ok, untuk pengetahuan semua vitamin Shaklee mendapat pengiktirafan halal atau sijil halal yang dikeluarkan oleh Badan Halal Amerika (ISA). Badan halal ini merupakan salah sebuah institusi halal antarabangsa yabg diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dan lagi membanggakan akak, setiap tahun Shaklee akan memperbaharui sijil halalnya tanpa sebarang keraguan lagi. Bagi tahun 2017, sijil halal Shaklee adalah sebagaimana yang tertera di bawah.

Sijil Halal Shaklee 2017

Gambar berikut pula menunjukkan Badan Halal Amerika atau Islamic Services Of America (ISA) ini sememangnya merupakan salah sebuah badan halal antarabangsa yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. atau korang boleh klik link website HALAL JAKIM untuk maklumat lanjut.



Kenapa Tiada Logo Halal Pada Botol Vitamin Shaklee?

Pernah juga akak ditanya soalan sebegini. Untuk pengetahuan semua, produk farmaseutikal seperti ubat, vitamin dan seumpamanya tidak diwajibkan atau tidak perlu memaparkan logo halal pada kotak atau botol mereka. Memadai dengan memohon pensijilan halal dari badan yang diiktiraf oleh JAKIM dan boleh ditunjukkan kepada pengguna sebagai bukti. Jadi kepada semua pengguna, jika anda membeli sebarang jenis suplimen, sila minta bukti sijil halal daripada penjual untuk mengesahkan kebenaran dakwaan mereka.

Kepada semua pengguna produk Shaklee, anda tak perlu rasa was was lagi tentang status halal Shaklee ya. Selain daripada sijil halal, Shaklee juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dan yang paling special, Shaklee telah menjalankan Landmark Study bagi membuktikan keberkesanan produknya selain puluhan ribu ujian klinakal yang dijalankan setiap tahun terhadap setiap satu bahan yang digunapakai dalam produknya.

Jadi, korang semua tak perlu rasa was-was lagi untuk membeli produk Shaklee ya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:




 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.







Thursday 13 April 2017

Resepi Akok Kedut Gula Melaka Sedap: Menggamit Memori Ketika Belajar Di Nilam Puri

Akok adalah antara makanan Pantai Timur yang akak sangat suka, itu pun kalau kena yang sedap la kan. Mula-mula akak boleh jatuh cinta dengan masakan Pantai Timur ni sejak akak belajar di Pra Akademi Islam Universiti Malaya sekitar tahun 1993-1994 dulu.

Akok Kedut Gula Melaka

Dua tahun belajar di Kelantan, sudah cukup membuatkan akak jatuh cinta dengan beberapa jenis masakan dan makanannya, termasuklah Akok Kedut. Akak masih ingat dulu-dulu kalau hari minggu kami keluar ke Pasar Tani pagi kat Wakaf Che Yeh kalau.tak silap la..haa..Akok kat situ memang sedap. Penjual memang bakar terus kat situ. Fuhh, sampai terbayang-bayang lagi kesedapannya.

Tapi, sejak keluar dari Pra AIUM Nilam Puri, memang susah dah nak jumpa Akok sesedap yang akak pernah rasa dulu. Beli, balik makan kecewa sebab rasa tak sedap.

Nak dijadikan cerita, kelmarin waktu dok layan wall kawan kawan fb, ada ternampak resepi Akok Kedut Terengganu lalu lalang kat wall akak. Apa lagi, terus akak copy dan print resepi tu terdetik nak cuba. So malam tadi, bertukanglah akak di dapur untuk menyiapkan resepi akok tersebut. Tapi nak bagitau, resepi ni memang mudah sangat. Kacang je lah kiranya. Bahan-bahan dia pun simple je. Jom akak kongsikan resepinya.

Bahan-Bahan:
(Boleh dapat lebih kurang 24 biji Akok saiz loyang cupcakes ni)

2-3 helai daun pandan

100ml air

140 gm gula melaka (boleh nak tambah atau kurangkan gula ikut citarasa). Kalau takde gula melaka, gula putih pun ok.

35 gm tepung gandum

200 ml santan (akak guna santan kotak je)

5 biji telur saiz A


Cara membuatnya:

1. Potong daun pandan, masukkan ke dalam blender bersama 100ml air tadi dan blend hingga hancur.

2. Tapiskan air daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama-sama gula melaka/gula pasir tadi. Masak keduanya sehingga hancur, tutup api, ketepikan dan biarkan sejuk.

3) Pecahkan 5 biji telur dan masukkan ke dalam blender, masukkan tepung gandum, santan dan air gula tadi. Blender sehingga halus dan sebati tidak berketul.

4) Sementara itu, panaskan oven dengan api atas bawah, suhu 220 darjah celsius selama 10 minit.

Loyang cupcakes je akak guna. 

5) Adunan tadi masukkan ke dalam loyang akok @ loyang cupcakes yang telah disapu marjerin macam akak ni. Tinggalkan sedikit ruang supaya adunan tak melimpah. (Pesanan: buangkan buih-buih yang terdapat di atas adunan supaya Akok kita nanti jadi elok)

6) Masukkan ke dalam oven, bakar selama +- 12 minit, suhu 220 api atas bawah. Selalunya ia mengikut jenis oven yang anda gunakan.

Ini bau dikeluarkan dari oven, bahagian atas dia dah mula menguncup


7) Ketika proses pembakaran, Akok nampak naik mengembung sedikit, bila dah masak dan dikeluarkan dari oven, bahagian atas Akok akan menguncup ke bawah dan nampak berkedut-kedut.

Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan menggunakan sudu


8) Biarkan sejuk seketika dan bolehlah dikeluarkan dari acuan dan dihidangkan bersama minuman kegemaran anda.

Kejadian Akok Kedut yang akak buat malam tadi, korang nampak ok tak??


Amacam, senang je kan bahan dan prosesnya. Korang cubalah, insyaAllah sedap, lemak dan lembut je. Tak sangka betul dapat buat kuih Akok yang sedap macam ni di rumah..haha.

Ok, sehingga berjumpa lagi. Selamat mencuba ya.


Wednesday 12 April 2017

Bahaya Penggunaan Kosmetik Segera, Nak Cantik Dapat Bahana

Orang sekarang memang semua nak cepat kan? Lagi-lagi kalau berkait dengan bab kecantikan terutamanya kecantikan kulit wajah. Dan hal ini pula biasanya berlaku pada kaum wanita.



Biasalah..sape tak nak dilihat cantik kan? Kulit putih melepak, halus mulus tanpa cacat cela walau sebiji jerawat. Dah tu tak nampak langsung pori-pori terbuka pada kulit wajah, boleh kata wajah tu licin tanpa sebarang kecacatan.
Sebab tu jugak, kat pasaran sekarang memang banyak lambakan produk-produk kecantikan atau kosmetik "segera" ni. Korang sendiri mesti selalu tengok iklan "Putih dalam masa 3 hari!" "Wajah kembali berseri tanpa jerawat dalam masa 5 hari!". Dan macam-macam lagi lah.
Apa lagi, mereka yang obses nak cantik cepat terus je terpengaruh. Eh korang jangan ingat produk-produk ni yang murah-murah saja tau, tengoklah keratan akhbar ni, krim pemutih yang puan tu beli harganya RM350 tau! Fuhh!



Bukan takde amaran atau berita-berita dalam.media masa pendedahan dr mereka yang terkena macamni tapi, dah nama manusia memang merek takkan serik selagi tak kena kat diri sendiri. Dan malam tadi pun ada lagi berita di TV9 yang memaparkan 3 produk kosmetik yang mempunyai bahan berbahaya dan ditarik balik dari pasaran.

Apakah Bahan Yang Berbahaya Ada Dalam Kebanyakan Kosmetik Sekarang?

Antara bahan kimia yang paling kerap digunakan dalam kosmetik ialah Merkuri dan Hidrokuinon. Kedua-dua bahan ini kosnya murah dan ia terkenal sebagai ejen pemutih segera dan dapat bertindak dengan cepat.

TAPI AWAS!! Anda mungkin akan tertipu dengan fungsinya. Kerana ia akan membawa kepada masalah-masalah berikut jika digunakan untuk satu-satu tempoh. Antaranya:

° gangguan saraf

° melambatkan perkembangan janin (bagi ibu hamil)
° kulit wajah menjadi makin teruk, muncul tompokan hitam dan jeragat yang teruk
° kerosakan buah pinggang
° risiko penyakit kanser


Bagaimana Kita Nak Kenal Produk Kosmetik Itu Berbahaya?

° melekit-lekit bila disapu..tp kdg2 pengeluar bijak mencampurkannya dengan bedak sejul.supaya nampak lebih cair.

° bila dibiarkan, akan nampak lapisan minyak terpisah dengan lapisan padat.

° bau logam merkuri tp ada sesetengah pengeluar yang mencampurkan dengan bahan pewangi lain untuk hilangkan bau merkuri.

° krim biasanya berwarna terang untuk cover warna merkuri.

° rasa panas dan gatal bila di calit pada kulit. Bila terkena cahaya matahari kulit akan terasa pedih dan menjadi kemerahan.

° kulit berubah menjadi putih dalam nasa yang singkat. Lagi cepat putih, lagi banyak merkuri yang digunakan. Wajah bertukar menjadi pusat seolah-olah seperti mayat hidup!

° kulit bebas jerawat selamanya..sebab lapisan epidermis dh rosak dan kulit dah hilang protein dan melanin yang berfungsi untuk lindungi kulit daripada sinaran UV.

° kulit semakin menipis dan lapisan kulit paling atas terhapus akibat penggunaan merkuri. Kita seronok sebab liang roma dan tak nampak kasar lagi tp sebenarnya lapisan kulit kit yabg rosak!

° bila kita berhenti menggunakan produk tu, kulit muka kita sedikit demi sedikit menjadi kelabu akhirnya kehitaman dan jeragat tumbuh makin banyak.

Haa..sebab tu klu orang pkai kosmetik mcam ni dia tak boleh berhenti pakai..kalau berhenti muka jadi tompok2 hitam.

Alternatif Untuk Mencantikkan Kulit Dengan Selamat, Berkesan dan Semulajadi Cara Shaklee.

Selain pengambiln vitamin utk kesihatan dan kecantikan dalaman seperti BComplex, Vitamin c, Vitamin E, GLA, ESP, Vivix dan lain-lain, Shaklee turut mengeluarkan produk kecantikan kulit wajah iaitu Nutriwhite. Korang boleh tengok rangkaian produk Nutriwhite seperti dalam gambr di bawah.



Ia diperbuat daripada tumbuhan dan bahan-bahan semulajadi antaranya:
° Beech Tree

° Strawberry Begonia
° Green Algae
° Rosemary
° Bearberry
° Mulberry
° Linden
° Cat's Claw
° Scullcap
° Kudzu
° Peony
° Aloe
° Soybean
° Marshmallow
° Seaweed
° Mountain Arnica


Bagaimana Nutriwhite Bertindak?

Nutriwhite bertindak melalui 5 cara iaitu:

1) Menghalang kerosakan kulit daripada cahaya matahari dan sinaran UV.
2) Mengurangkan pigmen hitam pada kulit wajah darioada menjadi gelap.
3) Menyekat pemindahan pigmen hitam daripada dasar sel kulit ke lapisan atas untuk mencegah kemunculan tompok hitam.
4) Mencerahkan warna melanin yang sedia ada serta tompok hitam dan menyerlahkan warna kulit secara keseluruhan.
3) Memperbaharui dengan menghilangkan sel mati yang mengandungi melanin berlebihan agae kulit cantik berseri.

Tapi kalau pakai set Nutriwhite ni, bukanlah terus kulit jadi putih, cerah dan mulus dalam masa yang singkat tau. Yang penting ia selamat dan dah jalani pelbagai ujian klinikal terhadap setiap bahan yang digunakan dan proses yang teliti..

Jadi, korang apa tunggu lagi. Bertukarlah kepada Set Nutriwhite hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday 5 April 2017

Derita Sakit Plantar Fasciitis Berakhir Setelah Amalkan Vitamin Shaklee

Pernah tak korang dengar tentang sakit 'Plantar Fasciitis' ni? Apa jenis penyakit tu? Plantar fasciitis adalah kesakitan menikam di bahagian bawah kaki berdekatan dengan tumit. Kesakitan ini biasanya paling teruk terasa apabila kita memulakan langkah pertama beberapa ketika selepas bangun dari tempat duduk, Kesakitan perit juga boleh berlaku apabila terlalu lama berdiri atau berjalan.



Ia mungkin berpunca daripada lebihan tekanan yang diberikan pada tumit kaki akibat beberapa faktor. Walau bagaimanapun, punca utama masih tidak dapat dipastikan. Antara faktor yang boleh menyebabkan berlakukan 'Plantar Fascia' ialah:

1) Umur - Plantar Fasciitis paling kerap berlaku kepada individu yang berumur antara 40 hingga 60 tahun.

2) Jenis aktiviti atau senaman yang kerap dilakukan. Aktiviti senaman yang banyak memberikan tekanan pada tumit juga menjadi faktor kepada kesakitan ini seperti berlari jarak jauh, melompat, tarian balet, aerobik dan seumpamanya.

3) Kasut Tumit Tinggi - kekerapan memakai kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan sakit tumit berlaku.

4) Obesiti - kegemukan juga menyebabkan tekanan berlebihan pada tumit.

5) Jenis pekerjaan - pekerjaan yang banyak berdiri atau berjalan juga boleh menyumbang kepada Plantar Fasciitis.


Bagaimana Nak Mengatasi Masalah Kesakitan Akibat Plantar Fasciitis ini?

Akak nak kongsikan testimoni daripada Puan Nadia yang pernah mengalami masalah ini. Bagaimana beliau mengatasinya.



Nama saya Nadia Ezdanie Norazman, berumur 35 tahun dan saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.

Pada 23 November 2015 saya di diagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi. 


Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan masa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat di jelajahi dari gunung sampailah ke lautan. Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit akan on off on off.


Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya kena berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”.


Selepas di diagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini. 


Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak.


Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu. 


Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri. 


Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome…Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!! PREVENTION IS BETTER THAN CURE.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Tuesday 4 April 2017

Cara Pulihkan Ekzema dan Elergi Orang Dewasa Supaya Tidak Tergaru-Garu Lagi

Kebiasaannya bila kita mendengar tentang penyakit ekzema atau elergi, kita mungkin menyangka ia bukanlah penyakit yang berbahaya. Ia hanyalah berkait dengan kulit, hanya garu-garu sahaja. Tapi, tahukah kita bahawa ekzema dan elergi yang kronik boleh menyebabkan kehidupan individu yang mengalaminya tidak tenang, susah untuk bergerak, kesakitan, susah untuk makan, susah untuk tidur dan macam-macam kepayahan lagi.


Situasi mereka ini seolah-olah seperti digigit oleh 1000 ekor nyamuk setiap hari. Bayangkan betapa peritnya kesakitan mereka yang mengalami ekzema kronik. Bukan itu sahaja, rasa gatal itu  lazimnya akan diakhiri dengan ruam merah, kulit mula menjadi berair, bengkak, berdarah, serta akhirnya menjadi kering dan bersisik sebelum kembali kepada keadaan asal jika penghidapnya mempunyai tabiat suka menggaru.







Perlu bagi kita untuk tahu lebih lanjut tentang penyakit ekzema dan elergi ini. Ia adalah sejenis penyakit kulit yang mana kulit adalah tisu yang melindungi seluruh tubuh kita. Dan kita mesti tahu bahawa kulit sangat sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku di sekeliling kita.


Kenapa ekzema mudah berjangkit pada kulit?

Kulit kita adalah lapisan paling luar yang terdedah secara terus dengan segala unsur alam sekitar termasuk dari segi cuaca hujan, panas, habuk dan sebagainya. Sebab itulah, kulit kita mudah terkena serangan pelbagai penyakit yang menyebabkan rasa ketidak selesaan pada tubuh.

Punca berlakunya ekzema sebenarnya masih tidak dapat dipastikan secara tepat. Namun, berdasarkan kajian, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan ekzema berlaku antaranya:

  • Penggunaan sabun pencuci atau detergen.
  • Keadaan cuaca yang panas.
  • Elergik kepada persekitaran.
  • Elergik kepada pemakaian barang kemas.
  • Terlampau stress.
  • Kuat Berpeluh.
  • Barang kosmetik yang tidak sesuai.
  • Elegik kepada jenis fabrik tertentu.
  • Air berklorin. 
Set Ekzema Shaklee Untuk Dewasa.

Terdiri daripada:

1) Alfalfa



Alfalfa merupakan pusat pegumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap nutrien
dan mineral daripada tanah, manakala daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis.
Alfalfa Complex merupakan Shaklee Signature Formula yang pada asalnya dibangunkankan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa berkualiti tinggi yang ditanam di California bagi produk ini bagi memastikan sumber bahan mentah yang kaya dengan pelbagai nutrien termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan  magnesium di samping klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.
  • Alfalfa daripada sumber semula jadi
  • Setiap sajian membekalkan 300mg kalsium, iaitu bersamaan dengan satu gelas susu
Alfalfa. Sumber semula jadi pigmen klorofil, vitamin dan mineral surih. Segalanya tersedia di dalam Alfalfa Complex.

2) Vitamin C



Shaklee Sustained Release Vita-C PlusTM menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semula jadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh.
Vitamin C ialah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh secara amnya.

3) B Complex



Shaklee B-Complex membekalkan spektrum vitamin B yang lengkap dalam kuantiti yang seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh anda.
Perbezaan Shaklee
Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten
B-Complex dilengkapi sistem engangkutan nutrient berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting - asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang pada bayi yang baru lahir.

 4) Garlic

Bawang putih sering digunakan secara tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh secara amnya. Alisin, bahan aktif dalam bawang putih, telah terbukti berkesan untuk menyokong dan memelihara kesihatan tubuh melalui pelbagai tindakan.
  • Membantu mengekalkan tubuh yang sihat
  • Rumusan tersendiri Shaklee
  • Menggabungkan manfaat kesihatan bawang putih dan rosemary
5) Nutriferon (add-on)



NutriFeron® merupakan produk berpaten dengan campuran ekstrak tumbuhan yang terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun.
  • Formula yang membekalkan perlindungan imun tubuh harian yang tinggi
  • Ramuan proprietari berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan semula jadi ini dihasilkan daripada biji labu, bunga kesumba, biji plantago dan kudup bunga bebuas Jepun
Testimoni Pesakit Ekzema dan Elergi





Jika anda mempunyai simptom ekzema atau elergi, bolehlah berikhtiar dengan vitamin Shaklee. Anda boleh membeli terus secara online untuk pembelian segera dengan klik butang order di bawah.




Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:


 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday 2 April 2017

Atasi Masalah Katarak (Selaput) Mata Tanpa Perlu Pembedahan

Katarak adalah masalah selaput mata yang biasanya dialami oleh warga emas yang telah lanjut usia. kajian menunjukkan bahawa satu daripada enam individu yang telah menjangkau usia 40 tahun akan mengalami masalah katarak ini. Sementara menjelang usia 75 tahun pula, hampir semua orang akan mengalami masalah katarak di salah satu mata atau kedua-dua belah mata.

Seseorang yang mengalami katarak mata akan merasakan penglihatan yang kabur kerana lensa matanya menjadi keruh dan berkabut. Mata yang sihat kebiasaanya akan sentiasa jernih dan cerah penglihatan tanpa sebarang halangan.

Masalah katarak mata, gambar sumber google


Penyakit katarak berlaku apabila kanta mata semakin legap dan mengganggu laluan cahaya masuk ke retina mata. Kanta yang semakin legap akan menyebabkan pesakit menghadapi masalah penglihatan kabur, imej berganda, gangguan penglihatan warna dan masalah melihat cahaya terang.

Kebiasaannya, jalan penyelesaian yang diambil untuk pesakit katarak mata supaya dapat melihat semula dengan baik adalah melalui pembedahan. Kanta yang hilang kejernihan itu perlu dikeluarkan dan diganti dengan kanta tiruan yang dibuat dengan plastik. 

Namun begitu, bagi seorang pesakit katarak mata Makcik Sabariah Abdul Rahman, ikhtiar anaknnya dengan memberikan beliau minum Vivix Shaklee dan Carotomax telah menyelamatkan sebelah mata beliau daripada menjalani pembedahan. Ikuti perkongsian beliau dalam testimoni berikut.

Makcik Sabariah Abdul Rahman


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Sabariah Binti Abdul Rahman, berusia 74 tahun. Saya baru menjalani pembedahan katarak mata kanan pada 8 Disember 2016 yang lalu. Pembedahan mata kiri pula dijadualkan pada 9 Januari 2017.

Selepas pembedahan pertama, saya mengambil Vivix dan Carotomax secara megadose bagi tujuan pemulihan. Namun kesan lain yang saya dapat selepas pengambilan secara megadose itu, saya tidak lagi perlu menjalani pembedahan untuk mata kiri kerana didapati mata semakin sihat. 

Lebih menggembirakan, selepas sebulan dibedah, sewaktu pemeriksaan susulan di Pusat Katarak MAIWP, didapati power kedua-dua mata saya semakin menurun dengan banyak.

Alhamdulillah, saya kini masih dalam proses pemulihan disebabkan faktor umur yang semakin meningkat. Saya juga masih meneruskan pengambilan suplemen lain untuk kesihatan yang lebih optimum.

Kalau nak cuba turunkan power mata anda, tak salah mencuba sesuatu yang baik dan mempunyai kajian seperti di Shaklee.


Apa Yang Makcik Sabariah Amalkan?

1) Vivix



Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.
Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.
* Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.



2) Carotomax



Melindungi Tubuh Dengan Mengukuhkan Integriti Sel
Nikmati tahap perlindungan antioksida yang tinggi dengan Shaklee Carotomax®. Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksida daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan dengan mengekstrak karotenoid semula jadi dan menawarkannya dalam pelbagai bentuk yang mudah diambil.
Lima Karotenoid Bermanfaat
Purata pengambilan harian karotenoid lutein, likopena dan beta karotena ialah 8mg sahaja - Carotomax®membekalkan lebih 13mg kebaikan karotenoid semula jadi
  • Mengandungi pati ekstrak daripada tomato, mikroalga, minyak sawit, marigold dan lain-lain.
  • Menyokong sistem imun yang kuat dan membantu mengekalkan kesihatan mata dan kulit untuk jangka masa yang lebih lama.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit