Tuesday 18 April 2017

Kenapa No. Daftar KKM Dan Pelekat Hologram Perlu Dipaparkan Pada Botol Suplimen / Kosmetik Anda?

Sekarang ni banyak sangat produk-produk 'beracun' yang berada di pasaran negara kita. Bahkan sesetengahnya siap membuat iklan secara besar-besaran tanpa timbul rasa bersalah langsung di pihak pengeluarnya. Maklumlah orang kita sekarang, mudah sangat 'tertipu' dan terpengaruh dengan iklan-iklan dengan ayat bombastik dan dipaparkan pula dalam media arus perdana.


Ramai di kalangan kita jarang ambil kisah tentang no. kelulusan KKM dan pelekat hologram ni kan? Biasanya bila nak beli suplimen kita hanya tanya tentang status halal je, betul tak? Sebenarnya no kelulusan KKM dan pelekat hologram ni juga penting untuk pastikan produk yang kita beli bebas daripada bahan terlarang yang boleh memudaratkan kita sebagai pembeli.

Manakala pelekat hologram pula penting untuk pastikan produk yang kita beli betul-betul tulen bukannya tiruan. Maklumlah sekarang ni memang banyak produk tiruan di pasaran tau.

Kat Mana Nak Cek No. Kelulusan KKM dan Pelekar Hologram Pada Produk Shaklee?

Untuk semua vitamin Shaklee, korang boleh cek no kelulusan KKM dan pelekat hologram pada botol vitamin yang korang beli. Ok, sekarang akak tunjukkan contoh yang ada pada botol Vita-E Shaklee.

No. KKM biasanya bermula dengan MAL

Botol Vita-E di atas tertera no kelulusan KKM iaitu MAL #12075024NC. Gambar di bawah pula menunjukkan pelekat hologram yang ada pada botol Vita-E Shaklee.


Macamana Pula Nak Semak No. Kelulusan KKM & Pelekat Hologram Itu Adalah Sah?

Ha..untuk semak kesahihan no KKM tu, korang boleh pergi ke website National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) sebagaimana di bawah.. Kemudian pilih Quest Products Search kalau nak semak berdasarkan nama produk, klik bahagian product name dan taipkan nama vitamin yang ingin dicari. Macam akak, terus taip Vita-E.


Seterusnya akan dipaparkan seperti ini. Ha..nampak tu tertera nama Vita-E Shaklee. Kalau nak tahu detail, klik je no. MAL tu..paparan detail sebagaimana gambar di bawah lagi.


Maklumat detail tentang Vita-E Shaklee.


Sementara bagi pelekat Hologram pula, ia penting untuk elakkan pengguna tertipu dengan membeli produk tiruan. Sesetengah pengeluar, mereka menipu pengguna dengan memaparkan no KKM produk lain. Sebab pengguna ni selalunya jarang nak cek no tu.sah atau tidak. Bila tengok dah ada no. MAL xxx pada botol, terus beli.

Jadi, KKM mensyaratkan lagi satu prosedur iaitu memohon dan memaparkan pelekat hologram pada botol. Ia adalah pelekat unik dan susah untuk ditiru oleh pihak pengeluar.


Pelekat hologram ni jugak boleh kita cek ketulenannya. Tapi ia perlu menggunakan alat khas yang hanya ada di farmasi berdaftar sahaja. Untuk info lanjut mengenai pelekat hologram ni korang boleh pergi ke website Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM.



Cara nak cek ketulenan hologram

Ok, rasanya dah panjang lebar akak terangkan tentang no kelulusan KKM dan Pelekat Hologram ni. Lepas ni boleh la korang cek dulu setiap produk suplimen atau kosmetik yang korang beli tu. Senang je kan. Semoga entri ni membantu korang semua ya.

Apa yang penting, vitamin Shaklee memang ada kelulusan KKM, siap ada ciri keselamatan untuk elak barangan tiruan dengan adanya pelekat hologram tu. Dan lagi best produk Shaklee juga ada kelulusan Halal. Sebab tu lah Shaklee menjadi pilihan ramai.