Monday 31 July 2017

Resepi Laksa Kedah Versi Orang Kedah

Assalamualaikum.

Dah lama juga akak terfikir-fikir, nak ke tulis entri untuk resepi Laksa Kedah ni. Sebabnya rasa mesti dah ramai orang tahu buat kuah laksa, senang je kan..tapi bila ramai pula yang dok minta resepi kuah laksa akak, so hari ni akak pun merajinkan diri menaip entri untuk resepi kuah laksa yang selalu akak buat tu.



Akak dan suami memang peminat laksa. Maklumlah mungkin sebab sejak kecik dok makan laksa kan..dan suami pula memang kampung kat tepi laut. Perkampungan nelayan area Kuala Muda, Kedah memang ikan fresh banyak la. Bila kawen dengan suami, rumah mertua selalu juga buat laksa, sedap. Ikan pun free je sebab ada adik ipar dan abang ipar yang pergi ke laut. So, memang senang sangat la nak buat laksa kan.

Macam belah mak akak, kami kena beli ikan. Bukan keluarga nelayan. hihi..kiranya ambik masa juga kalau nak buat laksa tu. Ingat lagi masa kecik-keci, sekali mak buat laksa memang suka sangat lah. Akak pun tak tahu sejak bila akak mula pandai masak kuah laksa ni. Haha..mungkin sebab dok tengok mak masak kot. Jadi pandai dengan sendiri..aiseh!

Ok jom lah kita tengok bahan-bahan untuk buat 1 Set Laksa kedah.


Bahan Kuah.

5-6 ekor ikan kembung / sardin / tamban (tulang banyak sikit)

1 labu bawang besar (Kalau saiz kecil, 2 labu pun boleh)

6-7 biji bawang merah (banyak pun ok kuah rasa sedap)

6-7 biji cili kering (kalau nak pedas tambah lagi)

2 inci belacan (anggaran, kalau suka lebih letak lebih)

Garam secukup rasa

Perencah Hilal (jika ada dan jika suka, kalau takde pun takpe)

Daun kesum (ikut suka banyak mana nak)

Bunga Kantan (jika suka - akak suka potong nipis-nipis)

5-6 keping Asam keping (kalau suka masam, letak lebih)


Cara Membuatnya.

1. Siang dan bersihkan ikan. Rebus ikan, letakkan beberapa keping asam keping dan sedikit garam dalam air rebusan ikan tu.

2. Bila mendidih, ikan dah masak, matikan api, keluarkan ikan dari periuk. Jangan dibuang air rebusan.

3. Perisi isi ikan dan asingkan isi dengan tulang.

4. Masukkan isi ikan dan sedikit air (boleh ambil air rebusan tadi) ke dalam blender, blender ikut kesukaan anda, nak isi ikan hancur sikit atau nak kasar.

5. Dah selesai, tuangkan kesemuanya ke dalam periuk bekas air rebusan ikan tadi.

6. Masukkan tulang-tulang ikan bersama sedikit air ke dalam blender, blend hingga hancur. Tapis airnya ke dalam periuk berisi isi ikan dan air rebusan tadi. Buang sisa tulang ikan, tak perlu masukkan ke dalam periuk. Cuma airnya sahaja diambil setelah di tapis. Kalau letak sisa tulang ikan, jenuh kuah laksa penuh tulang. hahaha

6. Rebus cili kering, masukkan ke dalam blender bersama bawang besar, bawang merah dan belacan. Blend hingga hancur. Kemudian, masukkan bahan cili kisar ini ke dalam periuk berisi isi dan air rebusan ikan tadi.

7. Sambil tu, boleh masak dengan api sederhana.

8. Lepas tu, masukkan daun kesum, bungan kantan, asam keping, garam, serbuk perencah HILAL dan masak hingga mendidih. Biar kuah laksa mendidih lama sikit supaya kuah tak cepat basi dan rasa kuah ikut citarasa anda. Tambah apa yang kurang jika perlu (garam, asam keping dll).

9. Bila dah lama mendidih, tutup api dan siap untuk dimakan.





Bahan Laksa dan Hiasan / Taburan Ulaman

Laksa - kalau beli laksa bungkus / kering, rendam laksa seketika dan rebus hingga lembut.

Daun selom @ pucuk janggus @ pucuk putat @ ulam raja - dipotong halus dan nipis.

Bawang Besar di mayang nipis.

Timun di potong memanjang dan nipis.

Telur Rebus

Limau nipis jika suka

Nenas dipotong halus jika suka

Cili padi dipotong halus jika suka.


Cara Hidangan.

Hidangkan laksa, tabur kesemua bahan dan tuangkan kuah laksa, sedia untuk dimakan.




Ha..senang je kan? Pejam mata pun boleh buat. Hehehe.. ok kepada yang tak pernah buat Laksa Kedah, selamat mencuba ya. Jumpa lagi.



Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib 
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/ 
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com 
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu 

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tuesday 25 July 2017

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Nasi Dagang adalah antara makanan kesukaan akak sejak dulu. Akak ni kalau masakan berasaskan pulut pasti akan suka. Kan Nasi Dagang ni rasa dia sikit-sikit macam pulut kan? So, memang dari dulu akak suka makan Nasi Dagang ni. Tapi sesekali je lah dapat makan masa kat Bintulu, kalau ada kawan-kawan buat dan ada orang Kelantan jual, dapatlah makan.



Alhamdulillah, setelah pindah ke Terengganu ni kalau nak makan hari-hari pun boleh. Tapi kalau sesekali keluar makan kat luar, pasti akak akan order Nasi Dagang. Dan kebetulan suami akak pun suka Nasi Dagang. Cumanya ada beza sikit la Nasi Dagang Kelantan dan Nasi Dagang Terengganu. Apa pun, kedua-duanya akak suka. haha..

Sebelum ni akak tak pernah lak terdetik nak buat sendiri Nasi dagang ni..tak tahulah kenapa, tengok resepi atau acari resepinya pun tak. Mungkin dalam kepala dok fikir mungkin sedikit renyah nak buat Nasi Dagang ni. Tapi rupa-rupanya taklah susah mana seperti yang disangkakan sebelum ni.. Kebetulan baru-baru ni akak terjumpa resepi Nasi Dagang Terengganu, bila baca resepinya rasa macam mudah je nak buat Nasi Dagang ni.



Jadi apa lagi, akak pun g la beli ikan tongkol dan beberapa bahan lain yang takde kat rumah. Terus bertekad nak buat hari tu jugak. Maka, jadilah Nasi Dagang Terengganu seperti dalam gambar ni. Ok jom akak kongsikan resepi yang akak ambil dari fb Nasi Dagang Terengganu ni.

Resepi Nasi Dagang:
Bahan-bahan untuk Nasi: 
4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia

Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. Biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan adunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan

Resepi Gulai Ikan Aya :
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik

Bahan-bahan gulai :
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam

Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

Resepi Acar Timun:-
Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang

- SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.

Cara-cara:

1. Gaul sebati dan dihidang.

Ok itu sahaja resepinya. Bolehlah korang cuba di rumah nanti ya.

Sehingga berjumpa lagi.

Monday 24 July 2017

Pencuci Pinggan Yang Selamat Untuk Kegunaan Seisi Keluarga

Di setiap rumah pasti ada pencuci pinggan mangkuk yang kita gunakan untuk mencuci peralatan memasak dan pinggan mangkuk kegunaan kita seisi keluarga kan? Kebanyakan daripada kita mungkin kurang mengambil berat akan bahaya yang boleh muncul daripada penggunaan bahan pencuci ini. Ini adalah kerana, banyak terdapat pencuci sintetik di pasaran sekarang yang menggunakan bahan kimia merbahaya yang boleh memudaratkan diri dan ahli keluarga kita terutamanya anak-anak.



Pencuci sintetik merupakan sabun yang dihasilkan dari bahan petroleum bagi memenuhi permintaan yang tinggi terhadap sabun asli. Di antara bahan pencuci yang di hasilkan ialah pencuci benzil sulfonat berantai bercabang (Benzyl Alkyl Sulfonate - BAS). Baru-baru ini pengunaan BAS telah pun diharamkan di Malaysia.

Pencuci sintetik boleh menjejaskan kesihatan manusia melalui interaksinya dengan sel sehingga menyebabkan kematian sel. Selain dari itu pencuci sintetik berupaya mengeluarkan lapisan lelemak pada kulit. Lapisan lelemak ini berfungsi menghalang bahan-bahan toksik dari memasuki tubuh. Ini akan menyebabkan molekul pencuci sintetik bertindak pada lapisan dalaman kulit untuk membunuh lebih banyak sel.

Ada laporan menyatakan bahawa organ dalaman seperti hati dan organ pembiakan juga menghadapi ancaman kerosakan yang serius akibat tindakbalas molekul pencuci sintetik ini. Pencuci sintetik juga sukar dilupuskan yang mana ini akan menyebabkan pengumpualn dan seterusnya mencemar alam sekitar. 



Kehadiran bahan pencuci sintetik pada kepekatan yang kecil juga boleh membunuh hidupan akuatik. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan perubahan atau mutasi sel yang mana sel-sel mutan ini berkemungkinan berkembang dengan cepat untuk membentuk kanser. Kesan bahan pencuci juga boleh mengundang pelbagai penyakit lain seperti asthma, elergi, keracunan, batuk dan lain-lain lagi.

Oleh itu, sebagai ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab kepada ahli keluarga kita, adalah menjadi kewajipan kita untuk memilih dan membeli bahan pencuci untuk kegunaan rumah kita yang selamat dan bebas bahan kimia terlarang. Macamana tu? Haa..Shaklee ada solution untuk masalah anda.



Apa Yang Best Tentang Pencuci Pinggan Mangkuk Shaklee?

1) Tidak mempunyai bahan kimia merbahaya seperti Dye, Toksik, Klorin, Phosphates dan bahan-bahan terlarang yang lain.

2. Ia merupakan sabun basuh yang menggunakan 100% bahan semulajadi.

3. Lembut pada tangan dalam masa yang sama amat handal menyental kotoran degil dan minyak. Ia amat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif atau elergi.

4. Diperbuat daripada bahan semulajadi yang diekstrak daripada kelapa dan jagung.

5. Sangat eketif membersih kotoran degil dan buihnya juga berbau harum.

6. Biodegradable dan botolnya boleh dikitar semula.

Selain daripada pencuci pinggan mangkuk, Shaklee juga mempunyai rangkaian pencuci kegunaan rumah yang lain iaitu serbuk pencuci pakaian, pelembut fabrik, dan pencuci serbaguna Basic H. kesemua ini adalah rangkaian produk Get Clean Shaklee.



Jika anda berminat untuk membeli set penjagaan rumah Get Clean Shaklee, anda boleh membuat belian secara online dengan klik button order atau terus berhubung dengan saya melalui medium yang dinyatakan seperti dibawah.


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut: 

 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.