Sunday 13 August 2017

Resepi Kek Pisang Coklat Lembab Yang Amat Mudah dan Ringkas

Sejak minggu lepas akak bertagak nak menulis entri resepi Kek Pisang Coklat Lembab ni. Sebenarnya resepi kek ni diambil dari fb page Rasapop, page yang menyediakan resepi-resepi masakan yang ringkas dan mudah. Kalau korang nak tengok resepi-resepi lain, search je Rasapop kat fb tu. Siap dengan video disediakan tau.



Berbalik kepada Kek Pisang Coklat Lembab ni. minggu lepas tu anak no dua akak si Husna yang buat. Nampak tak betapa mudahnya resepi ni sampai budak umur 11 tahun pun boleh buat. Kira kacang sangat la ni..haha




Ok tanpa membuang masa, jom kita tengok bahan-bahan untuk membuat Kek Pisang Coklat Lembab ni.. 


Bahan-Bahannya:


6 biji pisang emas @ apa-apa pisang bersaiz sederhana. Kalau saiz panjang kurangkan kepada 4 biji.

2 biji telur

1/3 buku mentega (dicairkan)

2/3 cawan gula perang

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder

secubit garam

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan serbuk koko

1 cawan coklat masakan (dipotong kecil)







Cara Membuatnya:


Lenyekkan pisang hingga hancur, masukkan telur, mentega cair, esen vanilla, soda bikarbonat, baking powder, garam.

Adunkan kesemuanya hingga sebati kemudian masukkan tepung gandum.

Kacau sebentar, masukkan sebuk koko dan kacau lagi.

Bila adunan dah sebati, masukkan 1/2 cawan coklat masakan yang dah dipotong kecil. Kacau sebati.

Akhirnya taburkan baki 1/2 cawan coklat masakan tadi di atas adunan.

Panaskan oven 180 darjah celcius selama 10 minit.

Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz sederhana 6x6 @ 7x7.

Bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.



Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut: ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/ ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment: