Sunday 14 January 2018

Resepi German Cookies Yang Sedap dan Cair Di Mulut

Baru-baru ni saya ikuti siaran FB live oleh kakak dan juga kawan saya sewaktu belajar di Universiti Malaya dulu, yang sekarang dah jadi chef iaitu Wan Rusyaini. Beliau tunjukkan cara-cara membuat German Cookies secara live di wall FB beliau.



Sebenarnya, pertama kali saya mendengar nama German Cookies ni. Disebabkan bahan-bahan dan cara membuatnya yang sangat simple dan mudah, maka petang kelmarin saya buat keputusan untuk mencuba resepi tersebut. Kebetulan pula anak sulong nak balik ke asrama, boleh la saya bekalkan buat si sulong bawa ke asramanya.

Jadi, kali ni saya nak kongsikan resepi yang German Cookies seperti yang ditunjukkan oleh Chef Wan Rusyaini tempohari. Ok, jom kita tengok bahan-bahannya.


Bahan-Bahan:

240 gm butter (saya guna Anchor Salted Butter)
80 gm gula icing
160 gm tepung gandum
250 gm tepung kentang



Cara Membuatnya:

1. Kacau gula icing bersama butter menggunakan sudu atau sudip. Kacau sebati.

2. Kemudian masukkan tepung, gaulkan kesemuanya menggunakan tangan.

3. Dah sebati kesemuanya, gunakan sudu sukatan 1/2 tbs untuk sama beratkan bulatan cookies kita (seperti gambar di bawah). Kalau takde, bulatkan macam biasa pun boleh.



4. Sapu dan alas tray dengan margerin dan kertas minyak.

5. Susun cookies yang telah dibulatkan tadi atas tray, dah siap semuanya, tekan menggunakan garpu dan jangan terlampau nipis dalam anggaran 1/2 cm.

6. Saya sapukan kuning telur di bahagian atas cookies. Anda boleh juga sapu jika suka atau tabur bahan-bahan lain sebagai penyeri cookies anda.

7. Boleh juga dibuat warna hijau apple dengan meletakkan sedikit pewarna makanan jika suka.

8. Bakar dengan suhu 140 darjah celcius selama 20-30 minit (ikut jenis oven) atau sehingga masak.




TIPS dari Chef Wan Rusyaini: 

1) Untuk jadikan cookies tahan lama, bakar dengan suhu rendah (140 darjah) dan bakar lama sikit (20-30 min).

2) Butter seeloknya lepas dikeluarkan dari chiller, biarkan seketika dan boleh mula mengadun ketika butter masih ada rasa sejuk-sejuk. Untuk jadikan cookies rangup.

3) Tepung dam gula aising tak perlu di ayak. Kalau nak buat kek kena ayak.

Gebus!


Selamat mencuba semua. Cubalah buat dan rasailah keenakkan German Cookies ini. 


Oh ya..kalau para ibu ada masalah lenguh-lenguh badan sebab rajin sangat memasak dan buat pelbagai kerja rumah, boleh hubungi saya untuk solusi kepada masalah anda. Saya boleh sarankan suplimen Shaklee yang bersesuaian untuk anda.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:

 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.