Tuesday 9 January 2018

Tips Kurangkan Stress Melalui Aktiviti Memasak


Apa hobi korang di masa lapang ye? Pasti setiap orang ada macam2 hobi kan? Hobi ni adalah satu perkara yang kita suka buat dan lakukan dalam keadaan gembira..maksudnya walau kita dlm keadaan sedih dan stress sekalipun, bila dpt buat 'kerja' yang jadi hobi tu, sedikit sebanyak ia dpt kuranngkan stress @ kesedihan tu.

Bagi akak sendiri, ada beberapa perkara @ hobi yang akak suka buat pd masa lapang. Eh ada ke masa lapang akak? Haha..masa lapang kira pantang ada ruang n peluang akak akan buat lah.

Ha..apa lagi klu bukan akiviti memasak. Sejak dulu lagi akak suka cuba resepi baru..sejak zaman sebelum kawen. Dulu pantang jumpa buku resepi pasti nak beli dan cuba resepi2 yang ada.

Kat rumah ni memang bertambun la buku resepi tu..satu masa tu akak teringin sangat deko kek. Jadi habis semua buku dekorasi kek akak beli..disebabkan tak sempat g kelas deko @ baking, akak hanya belajar tgk buku, tv n youtube.

Tapi akak ni jenis mesti cuba buat. Ada orang jenis suka simpan je resepi tapi tak terbuat2 kan? Hahaha..opss! Disebabkan kesukaan akak ni, dulu akak selalu sgt g lawat2 blog masakan yg ada mcm2 resepi..

Dalam hati masa tu terdetik, "satu hari nanti aku akak ada blog jgk untuk kongsikan resepi2 yang dah biasa aku buat ni.."

Dan atas permintaan kawan-kawan jgk, disebabkan hobi memasak ni akhirnya akak dah ada blog sendiri untuk kongsi perlbagai resepi yang akak dah cuba..perkongsian ikhlas atas permintaan kawan2 jgk dan juga untuk simpanan dan rujukan akak sendiri. Korang boleh la lawat blog akak klu nak cuba apa2 resepi yang akak dah biasa buat tu kat sini.. buff.ly/2CHdw3Q.

Dan disebabkan hobi memasak jugaklah akak kenal ramai kawan baru. Dan ada jgk la beberapa kali resepi masakan yang akak share di fb jadi tular..hihi..best tau dapat kwn baru sampai dari Singapura, Brunei asbab hobi memasak ni..

Korang yang dah lama kena akak mesti selalu tgk aktiviti memasak akak dengan anak2..hobi memasak ni, walaupun penat seharian bekerja dan uruskan anak2 sorang2, tp bila dah mulakak aktiviti memasak @ membaking menu kegemaran anak2, rasa letig dan penat tu terus hilang..lagi 1 kalau tengah runsing tentang satu2 perkara ke, time masak terus tak ingat dah masalah td..hihi..

Itulah orang selalu cakap, salah satu cara yabg kita boleh buat utk kurangkan stress ialah dengan melakukan aktiviti yang kita suka. Sape kat sini hobi dia sama dengan akak? Atau korang ada hobi lain? Memancing? karoks? Window shopping??


Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.