Thursday 22 February 2018

Resepi Soft Cookies Ala Famous Amos Yang Sangat Sedap

Hai Assalamualaikum semua.

Hari ni akak nak share resepi untuk buat Soft Cookies ala Famous Amos. Anak-anak akak ni suka sangat beli Soft Cookies ni kalau jumpa booth Famous Amos. Soft Cookies ni bentuk dia besar sikit daripada biskut chips more tu. Rasanya lembut-lembut liat gitu.



Berbanding biskut choc chip Famous Amor yang kecik tu, anak-anak lebih suka beli soft cookies ni..tapi korang faham-faham je lah, sekeping harganya dah lebih RM4 tau. Jadi lepas godek-godek di youtube, maka terjumpalah satu resepi ni. Akak buat 2 kali adunan berbanding yang ditunjuk dalam video tu. Nanti korang carilah video tu kat youtube..hehe

Ok jom kita tengok resepinya..

Bahan-bahannya:

1 cwn butter (cairkan)
1 cwn gula castor
1 1/4 gula perang (brown sugar) - gula blh kurangkan ikut kesukaan
2 biji telur
1sd esen vanilla
2 1/2 cwn tepung serbaguna/gandum
1sd kecil baking powder
1sd kecil soda bikarbonat
Coklat masakan (dark @ milk choc) @ klu xde sgt blh letak choc chips

Cara membuatnya:

1) Kacau (3-5 minit) kedua2 gula bersama butter yg dicairkan
2) Dalam bekas lain, pukul telur n vanilla hingga kembang.
3) Masukkan adunan telur ke dalam adunan gula n butter td dan kacau sebati
4) Ayak tepung + baking powder + soda bikarbonat ke dalam bekas adunan. Adun sampai sebati.
5) Akhirnya, masukkan coklat masakan yang telah dicincang ikut kesukaan (banyak @ sikit) atau coklat chips.

*Simpan adunan sekurang2nya 30 minit dlm peti ais.





6) Sudukan adunan dan susun atas dulang non-stick (tengok gambar).
7) Panaskan oven selama 10 minit, suhu 170-180°C.
8) Bakar cookies selama 12-15 min.
9. Biarkan sejuk seketika sebelum di susun dalam bekas.

Tengah bakar

Siap..


Itu sahaja perkongsian resepi kali ni. Akak dah 3 hari berturut-turut buat cookies ni tau. Suka sangat anak-anak. Siap cakap "rasa betul-betul sama macam soft cookies Famous Amos.." hehe

---

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com
 ðŸ“  Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098
 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday 15 February 2018

Pentingnya Pengurusan Kewangan

Alhamdulillah..bonus Shaklee dah masuk kelmarin. Sejak berbisnes, Shaklee tak pernah lagi Shaklee lewat bayar bonus SID nya. Kebanyakkannya di awalkan dari tarikh sepatutnya iaitu 15hb setiap bulan.

Macamana pengurusan kewangan @ pengurusan bonus korang ye? Sejak berbisnes Shaklee ni baru akak mula belajar dr kwn2 SID cara diorg uruskan kewangan. Akak ni sbnrnya mmg "kurang cekap" dlm bab pengurusan kewangan ni..huhu

Tapi, dengan bisnes Shaklee ni lah akak mula membayar zakat perniagaan. Sebelum ni buat bisnes kecik2 mana ada byr zakat. Bonus shaklee dibayar sekaligus setiap tengah bulan, walau berapa jumlahnya memang sentiasa dipesan untuk sentiasa membayar zakat iaitu 2.5% dr jumlah bonus.

Alhamdulillah..dpt jgk bantu ekonomi umat Islam dengan berzakat ni kan? Bkn nak tunjuk bhw kita ni kaya tapi mmg dh tanggungjawab kita yg buat bisnes ni la kan. Umat Islam sebenarnya patut "kaya" supaya dapat bantu ekonomi umat Islam itu sendiri. Dan bagi akak sendiri, biasanya zakat perniagaan akak byr pd sebuah sekolah tahfiz di tempat lama akak bekerja dulu. Klu rs sikit sangat bln tu, akak kumpul byr 2@3 bln sekali.

Yg lainnya, dgn bonus Shaklee jgk akak biasanya buat byr sewa rumah, lpstu menyimpan setiap bulan sekurang2 RM500..tetap yg ni. Lebihan drpd tu buay beli stock sikit, belanja keperluan rumah dan kadangkala reward diri dan anak2.

Tapi tu lah..kelemahan akak ialah xdpt nak konsisten tulis masuk buku kira2 @ akaun excel mcm sesetengah orang amalkan. InsyaAllah nak kena lbh berdisiplin dalam pengurusan kewangan lepas ni.
Ini bab bonus Shaklee je..bab gaji satu hal lg. Impian akak sekarang nak tingkatkan bonus Shaklee supaya dapat settlekan hutang piutang sehingga mencapai financial freedom!

Korang doakan ya.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, pembelian, keahlian, tips dan harga istimewa, boleh berhubung dengan saya melalui medium berikut:



 ✎ PM di FB: Najihah Abdul Mutalib
 ✒ Blog: http://najihahabdulmutalib.blogspot.my/
 ✉ Emel: najihah.abdul.mutalib@gmail.com 📠 Sms/whatsApp: 016-8867098 | 013-4517098 COD: Kawasan Sekitar Gong Badak, Kuala Terengganu

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.